Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Malam ke-25 Ramadan. Sekarang ramai yang sibuk dengan persiapan raya.
Di masjid kecil Lehigh University, bilangan jemaah semasa tarawih tidaklah ramai mana. Purata – 5 orang setiap malam. Cuma malam tadi tinggal 2 orang je. Ibrahim, student exchange dari Arab Saudi yang masih istiqamah.
Mungkin antara mereka juga sibuk.
Selepas solat tarawih, Ibrahim menceritakan kisah Nabi Musa a.s. berdasarkan surah yang beliau bacakan. Kami ketawa bersama-sama kerana memang kisah Nabi Musa a.s. ada kelucuannya. Bayangkan Firaun yang nak membunuh orang yang mahu menjatuhkannya, tengok-tengok orang tersebut hidup aman damai di dalam istananya. Allah s.w.t. menunjukkan betapa bodohnya dan lucunya plan manusia. Allah s.w.t. juga yang hebat. Subhanallah.
Jam 3 pagi, beliau datang kembali untuk mengimami solat tahajjud. Jemaah menjadi 4 dan kami sahur beramai-ramai. Simple je.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.