Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Suasana ukhwah antara umat Islam di negara bukan Islam berbeza dengan kita di Malaysia terutamanya apabila berada di masjid solat berjemaah. Pengalaman ini saya lalui di Adelaide dan juga di sini.
Selepas solat berjemaah masing-masing akan menghabiskan masa bertanya khabar, bersalam-salaman dan bersembang-sembang. Seolah-olah melepaskan rindu sesama mereka.
Peranan masjid bertambah penting di sini. Inilah tempat dimana agama menjadi subur. Untuk itu sangat penting apabila berada di luar negara, kita harus sedaya upaya melekatkan diri dengan masjid sekitar kita. Paling kurang pun, solat berjemaah.
Kita di Malaysia mengambil ringan (take for granted) akan peranan masjid. Masalah sekecil mahu menonton Berita TV3 pun boleh menjadi alasan.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.