1 Ramadan 30 hari 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 – Hari KELIMA

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Membesarkan anak memang banyak cabaran. Antara anak-anak saya ada yang keras sikit hatinya yang kadang-kadang mengganggu hati ibunya. Sekali-sekala bila melaporkan hal anak-anak, isteri kadang-kadang menangis. 
Semasa bertemu dengan supervisor di sini, beliau pun menceritakan hal yang sama. Isteri beliau pun ada masanya menelefon beliau di pejabat sambil menangis dan mengadu hal salah sorang dari anak beliau. Kami bertukar cerita sambil ketawa. Kata beliau, “Well I guess my mom’s survived me so I think I should survive this one”.
Maksudnya, itu lumrah. Jangan putus asa mendidik anak sepertimana tidak putusnya harapan ibu bapa kita sebelum ini. Jika mereka berputus asa, agak-agaknya dimanakah kita sekarang ini? Kata Stephen Covey, kita hendaklah mempunyai sifat unconditional love terhadap anak-anak kita, walau apa pun perangai mereka.

Lebih-lebih time Ramadan ni. Banyakkan doa untuk anak-anak.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top