
Dua malam berturut-turut satu kumpulan lelaki dan wanita dalam 5-6 orang datang ke Dialogue Center untuk berbuka bersama kami. Mereka datang agak lewat iaitu selepas kami berbuka ‘kecil’ dan selesai solat Maghrib. Mereka datang ketika kami sibuk memenuhkan perut kami untuk berbuka ‘sebenar’.
Wanitanya bertudung (ada yang menampakkan jambul). Yang lelaki parasnya cerah. Saya menyangka mereka dari Turki. Dan saya bersangka baik bahawa mereka telah selesai Maghrib mereka sebelum sampai ke Dialogue Center kerana sebelum Isya’ mereka akan meminta diri untuk pulang.
Ini agak pelik walaupun saya memenuhkan hati saya dengan sangka yang baik. Oleh kerana tidak tahan, runsing dan pening melihat keadaan ini, saya bertanya kepada si imam, siapakah mereka? Mereka adalah student dari Iran. “Shia…” jawab beliau dengan sinis. Ohhh…. Jawab saya dengan keluhan yang panjang.
Mereka Cuma solat 3 kali sehari, menggabungkan Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’. Sebab itu tiada keperluan untuk menyelesaikan Maghrib ketika berbuka. Mereka juga menolak solat tarawih.
Tiba-tiba hati saya bertanya dalam hati, adakah wanita-wanita yang mereka bawa itu hasil dari perkahwinan mutaah? Dalam keadaan saya yang berjauhan dari isteri sekarang ini, cepat-cepat saya melibas dan menepis sangkaan ini. Ianya sangat mengganggu kerana begitu mudah pada mereka sedangkan sukar bagi saya.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.