1 Ramadan 30 hari 2011

1 Ramadan 30 hari 2011 – Hari KETUJUHBELAS

Entry yang dianjurkan oleh speedrider. Sapa nak join?

Antara banyak-banyak perkara yang dirindui di Malaysia (selain dari juadah berbuka terutamanya kuih muih yang manis), saya merindui membawa dua anak lelaki saya ke masjid untuk solat berjemaah. Kami bersolat di masjid Tronoh. Kadang-kadang untuk ubah selera, saya bawa mereka ke masjid UTP yang berhawa dingin itu.

Ramadan yang lepas, Iman tahan dengan tarawih tetapi Ismail pada pandangan saya ketika itu masih tidak cukup layak. Tetapi kebelakangan ini Ismail pun saya bawa ke masjid Tronoh bersama abangnya untuk Maghrib dan Isya’ dan beliau akur. Takde masalah.

Walaupun kadang-kadang mereka bermain dengan kawan-kawan di saf belakang atau selepas solat tetapi saya rasa keperluan membawa anak-anak ke masjid sangat penting. Supaya apabila besar mereka tidak menjadi penyegan dengan masjid. Saya mahukan mereka menjadi mesra masjid. And masjid for all!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top