1entry=1hari =1Malaysia

1entry=1hari =1Malaysia TAMAT!

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

——————————————————————
[30/30]

TAMAT!

Terima kasih kepada mereka yang turut serta! Bukan sahaja yang menyahut cabaran ini tetapi juga yang memberi semangat dengan berterusan membaca. You are the bestest!

Blog Speedrider telah pun membuat kesimpulan yang menarik sepanjang cabaran ini. Tak perlulah aku nak mengulanginya. Cuma beberapa komen tambahan.

1. Awal cabaran memang ada blog yang turut serta dan aku telah letak link cabaran ini. Namun begitu aku terpaksa mengeluarkan blog tersebut disebabkan tidak menepati syarat kritikal, entry yang munasabah. Entry dengan 5 patah perkataan bukanlah satu entry pada pendapat aku. Begitu juga entry dengan bahasa/tulisan/tajuk yang sukar untuk difahami umum juga bukanlah sesuatu yang munasabah. Ini dipersetujui juga oleh blogger FakirFikir.

2. Peserta juga sangat sungguh-sungguh nak menyahut cabaran walaupun terpaksa mencari loophole untuk tidak disqualified. Antaranya blog Ijau, yang beberapa hari dipisahkan dari komputer, menyiapkan entry lebihan terlebih dahulu (in advance). Begitu juga untuk aku, pernah tertinggal satu entry disebabkan keuzuran (balik dari Uni lepas maghrib, penat, terus tertidur dan bangun pada jam 230am sedangkan entry belum dibuat), menyiapkan juga entry pada keesokan harinya.

3. Akhir sekali, baru le kita tau bukan senang nak menulis ni. Apatah lagi nak menulis sesuatu yang berfakta dan ilmiah. Nak tulis benda merapu pun pening, lagi nak sesuatu yang punya pemberat (weight).

Tahniah semua!

Aku sedang memikirkan marathon kedua yang agak menarik. Kita bagi rehat beberapa hari dulu sebelum kita mulakan cabaran yang baru. Amacam?


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top