Artikel Agama

3 hari mengislah diri

Sapa boleh gerenti dia ahli syurga, angkat tangan!

Mungkin ada la kot kat luar sana yang boleh mengaku macam tu. Tapi gua… tidak sekali. (Mana ada orang gerenti ahli syurga woi!)

You see, hidup kat dunia ni semua mau ada struggle. Dari baby lagi. Nak susu, kena struggle (nangis), nak tukar lampin, kena struggle (nangis).

Nak score periksa, kena struggle (study). Nak beli kaset IRON MAIDEN, kena struggle (kumpul duit).

Nak kawin, kena struggle (cari duit). Nak naik pangkat, kena struggle (keje sungguh-sungguh).

Senang cerita, semua benda nak kena struggle baru dapat. Lagi banyak struggle, dengan izin Allah s.w.t., hasilnya lebih banyak.

Tapi malang, bab agama kita tak struggle langsung. Rasa bahagia dan rilek. InsyaAllah masuk syurga.

Dah Islam belum tentu masuk syurga weh… peringatan untuk aku.

Dengan keadaan agama dalam diri ni yang lemah ini, aku ambil keputusan untuk melapangkan masa, untuk islahkan diri dengan menempatkan diriku dalam suasana agama (dalam masjid). Aku infakkan 3 hari dari hidupku untuk islah diriku. Berat tapi terpaksa. Bukan untuk orang lain, tapi untuk aku. Aku yang nak selamat, aku yang nak masuk syurga, jadi aku yang kena struggle.

Lokasi masjid, Murray Bridge (70km dari Adelaide). In a few hours, kami akan bertolak. Aku bersama-sama beberapa brothers berbilang bangsa dan bahasa tetapi meyakini satu kalimah tauhid, yang like-minded dan sedar bahawa perlunya struggle atas agama.

Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang.

Wajib baca…
Bayan Jemaah Australia


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top