Assalamualaikum &Hi readers ❤️️
Before apa pun, ika nak bagitahu yang entry ini tidak merujuk kepada seseorang yang specific. Ika menulis entry ni berdasarkan pemerhatian saja. Jangan judge entry yang ini.
Semalam, terdetik dalam hati ika sesuatu bila ternampak satu gambar ni. dekat google Bila muhasabah diri tu, kita akan nampak satu benda yang bagi kita kecil, tapi besar sangat untuk orang lain. Bersyukur kah kita dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan buat kita setiap hari?
Panjang umur, dapat bangun setiap pagi pun satu pemberian Allah yang kita patut bersyukur. Apa saja rezeki yang kita dapat tu, ada juga rezeki orang lain. Bila tengok mcm mana negara lain yang susah tak ada makanan, minuman, tempat tinggal, dan kemudahan lain. Ika rasa kita dekat Malaysia ni boleh dikatakan mewah bab bab benda ni semua. Kadang tu, bazir je buang makanan sebab tak sedap. Beli mahal, tapi senang senang buang. Ralat tengok. Memang itu duit dia, tapi entahlah. Em.
APA MAKSUD SYUKUR?
Syukur berasal dari perkataan arab yang bererti berterimakasih. Menurut istilah, bersyukur adalah berterimakasih kepada Allah atas kurnia yang dianugerahkan kepada dirinya.

Sebab tu, jenis ika. Ika kalau makan. Tetap akan habiskan walaupun makanan tu kurang sedap. Seboleh bolehnya, ika habiskan sebab taknak membazir. Negara lain yang susah kalau dapat makanan kita, mesti depa seronok. Lagi lagi bila bulan Ramadhan. Macam macam ada. Ika tengok depa yang kat sana makan rumput la, kertas, pasir,serangga,kayu em. Bukan makanan sahaja ya. Sebenarnya ikutkan, banyak jenis rezeki yang Allah bagi dekat kita. Tapi, kita selalu pertikaikan sebab tak cukup buat kita.
Antara nikmat yang Allah berikan buat kita ialah:
- Nikmat Fitiryah: Sihat tubuh badan. Diberikan anggota badan yang lengkap. Sihat tubuh badan pun, kadang kadang berikan alasan mcm mcm bila nak bekerja. Yang serba kekurangan kadang tu lebih rajin bekerja.
- Kesihatan yang baik.
- Alam: Udara, Air, Angin, Hujan, Matahari. Semua semua la yang ada disekeliling kita.
- Nikmat Ikhtiyariyah: Nikmat harta.
- Nikmat Keamanan. Kalau la kita ni negara yang kacau bilau. Nak beribadat, menuntut ilmu, bekerja pun susah. Betul kan? Maka, keamanan yang kita ada sekarang ni haruslah dijaga.
- Hidayah Beragama Islam dan nikmat Iman. Nikmat yang paling besar di mana kita dapat menilai kebaikan dan keburukan.


Eating dirt? Allah. Tak sanggup betul rasanya nak tengok gambar ni lama lama. Doakan semoga mereka sentiasa dipelihara Allah. Dilindungi dan dijaga oleh Allah sebaik baiknya. Dan kalau kita lihat sekeliling kita, ada juga yang serba kekurangan. Yang jauh lebih susah dari kita. Sebab ika pernah terjumpa seseorang yang nak makan pun takda duit em (boleh click link di bawah utk baca entry tersebut) Ika harap yang lepasni, ika berpeluang untuk bantu mana yang ika boleh.
BELI SEBUKU ROTI DENGAN DUIT SYILING
Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur.
” Dan jika kita menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Qs, Ah Nahl: 18)
STOP COMPLAINING. LOOK AT ALL THE BLESSINGS YOU HAVE. ALHAMDULILLAH. ❤️️

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.