![]() |
Kan best kalau dapat baca ebook dekat gadget yang lebih besar. Ada jugak terfikir nak beli tab atau Ipad. Mesti lagi laju berdesup baca. |

Personally, saya suka dgn cara penulis susun cerita. Kemas dan senang faham. Tak pening kepala. Watak yg dicreate mmg banyak tapi tetap kita blh ingat satu persatu. Sebab semua saling berkait. Dia buat kita curious dgn kehilangan Nina, dia jadikan Kimi as a main character dan create Deena as a new character yg buatkan kita teruskan bacaan kita sbb Deena ada muka seiras dgn Nina. Nasib baik ada Deena. So, Kimi mula rasa semangat utk teruskan penyiasatan mencari Nina.Tiba-tiba rasa mcm ikut emosi dgn watak Kimi. Kesian dekat dia. Mencari Nina dan dia punya tak putus asa tu smpai join jadi polis. Sayang betul. Haih.
Nak bagi credit dkt penulis sbb effort dia menulis cerita penyiasatan dgn baik. Tambah elemen seram juga. Good combination. Seram dia tu kdg bulu reroma ternaik jua di tangan ini. Huhu.
Ada nilai pengajaran yg blh diambil. Lagi lagi mmg zmn sekarang kita lbh terjerumus hadapi benda mcmni. Jatuh cinta dgn stranger dalam alam maya, lepastu meetup and jadi la mcm mcm. Lepastu, banyak ya manusia yg niat tak baik zmn sekarang ni. Baik laki atau perempuan. Hati hati. Kalau tak blh guna cara baik utk dpt kan seseorang tu, mungkin org tu akan guna cara jahat atau halus. Itu sahaja. Hm emo. Please jangan jadi tolol ya anak anak sekalian.
Saya sebenarnya ada la mcm teka siapa penjahat dalam novel ni. Ingatkan betul, rupanya salah weh. Rasa mcm dah teka betul dah. Ish. Cuma penjahat tu mcm oh wow, konfiusnya daku dgn perwatakan dia. Adakah dia seorang yg sasa kuat sado dan mampu belasah org yg ternyata sado mcm Salman Khan? Haha itu yg penulis gambarkan utk watak Kimi. Apa pun, congrats penulis. Masih relevan dan blh dibaca walaupun sekarang dah 2019. ✌🏻

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.