Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, ika pilih untuk ulas sedikit sebuah buku Fixi bertajuk Niqab // Shield Sahran. Ika tertarik dengan blurb & cover buku Niqab ni. Perempuan berniqab yang ada mystery eyes. Mana la hati ni tak tertarik. Rasa macam mata Emma Maembong pun ada. By the way, satu perkara lagi is ika takda pun buat research mengenai penulis. So, ika ingatkan yang penulis sebenarnya lelaki. Sebab nama dia. Rupanya Shield Sahran seorang perempuan ya rakan-rakan.
Antara buku yang pernah ditulis oleh penulis ialah Cincang: Dendam Terbalas, Ancang Merpati & Mudahnya Move On! 19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta. Dan kalau tak silap, penulis ada kata yang dia ada Wattpad juga. So, boleh la cuba beli & baca karya-karya penulis selain Niqab.

My rating: ⭐⭐⭐⭐
Year: 2018
Author: Shield Sahran
Page: 240 Pages
Price: RM 19.90
SHORT REVIEW
Mengisahkan tentang Nadia. Semuanya tentang seorang Nadia. Menariknya, kepulangan dia ke kampung Pinang bersama Herman & Hawa (ibu bapa) dia menimbulkan pelbagai persoalan lagi lagi dengan imej baru dia iaitu berniqab. Kenapa berniqab? Apa yang Nadia nak sorok. Mula la terfikir mcm-mcm. Yang menjadi tanda tanya ialah pulang setelah 8 tahun kejadian ‘itu’. Mak ayah berpakaian moden, tapi anak berniqab. Berniqab walaupun tetap didalam rumah.
Bagi ika,setiap karakter dalam Niqab mempunyai kekuatan tersendiri. Kiranya, tidak la karakter tu kosong semata-mata. Sejujurnya, sejak dari awal. Rasa meluat dengan Aminah & Lina. Sebab dua-dua manusia ni memang tamak dan tak reti bersyukur. Padahal, usia dieorang waktu tu boleh dikatakan masih kecil la. Itupun, dah mula nampak ciri-ciri macamtu. Hm. Penulis sengaja agaknya buat karakter annoying mcmni, untuk buat ika teruskan pembacaan. Haha. Sedangkan watak tambahan pun, penulis olah dengan baik. Watak Nadia apatah lagi. Good job penulis!
Isu yang diketengahkan dalam Niqab sangat menarik. Isu yang mmg ada dalam realiti kehidupan kita. Hanya segelintir sahaja yang kisah pasal isu ni. Jangan ingat barang saja ada proses jual beli, ehem pun ada okay.Dapat tangkap hint isu nya? Aha.
Serious, ika suggest utk korang dapatkan Niqab dan baca. Explore dunia Nadia. Dunia yang penuh misteri & kepura-puraan. Ika sikit pun tak boleh nak predict apa yang akna jadi seterusnya. Ika kena terus membaca sebab nak tahu. Kita akanrasa curious memanjang. Half pages, semua persoalan akan terbongkar satu persatu dan buat kita rasa mcm wow! Jalan cerita pun tak drag. Mood baik je nak habiskan buku ni. Ending pun not bad. .
Reviu pendek dekat IG ya. Dekat sana ika guna #ikareviewbuku. Korang search je hashtag tu. Nanti keluar la buku yang ika reviu secara ringkas. See you guys in my next entry okay? InshaAllah.
Kalau korang nak dapatkan Niqab: NIQAB (FIXI WEBSITE)

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.