Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
“Alamak, kalau datuk tua kerepot macam mana”
Terimakasih kepada penulis Umi Kalsom untuk ebook percuma ini. Semoga penulis terus berkarya. Tak expect pun akan baca cerita ini dahulu. Tapi, kebiasaanya ika akan belek dulu setiap ebook yang diterima untuk baca sekali imbas. Bila buka ebook ni, ika tengok page nya sangat la sikit. Alang-alang tu kita baca teruslah.
Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan berumur 25 tahun yang bernama Intan Safira Samad. Dia sedang mencari kerja. Interviu yang diperginya pada hari itu tidak berjaya. Dan end up dia sampai di sebuah syarikat di mana kebetulan tengah mengadakan sesi inteviu. Namun, disebabkan terlalu gamble ke sesi interviu yang sebenarnya khusus untuk yang terpilih.
Safira yang kononnya tak mahu mengalah terus mendesak frontdesk untuk turut serta dalam sesi tersebut sehinggalah dia tahu yang sesi interviu itu ialah misi rahsia untuk jawatan kosong menjadi bini seorang yang berpangkat datuk. Nak patah balik tidak boleh kerana dia tidak boleh keluar dari situ selagi tidak ditemuduga. Apa yang akan terjadi selepas itu?


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






