Iron Maiden

IRON MAIDEN Powerslave/The Number of the Beast mini vinyl CD (USA)

Terdapat beberapa versi rilisan album IRON MAIDEN. Yang popular sekarang ini (juga melambak-lambak di pasaran) ialah versi ‘enhanced’. Di dalam versi enhanced, selain lagu-lagu biasa yang terdapat di dalam album original, ia juga meletakkan beberapa tambahan. Antara lain di dalamnya terdapat:

1. videoklip
2. tambahan liner noted pada booklet selalunya mengandungi kronologi album tersebut.

3. Booklet tebal mengandungi gambar-gambar zaman album tersebut.

Rilisan mini vinyl ini pula adalah replika kepada vinyl (rekod) dalam bentuk CD. Dengan lain perkataan, vinyl yang dikecilkan kepada bentuk CD. So, apa yang korang tengok dalam bentuk vinyl, itu jugalah yang korang dapat dalam versi replika ini TETAPI ada tambahan. Tambahannya ialah, CDnya adalah versi enhanced dan selain dari vinyl sleeve, korang juga dapat item 1-3 seperti di atas.

Versi yang ada pada tangan aku ialah versi US rilis. Dan ini merupakan versi original keluaran Sanctuary/Metal-Is. Selain dari item 1-3 di atas, juga terdapat:

4. Sticker “duit syiling” berlatarbelakangkan Eddie.
5. Flyer kecil untuk promosi album Rock In Rio

Rajah 1: Powerslave front/back

Rajah 2: Sleeve replica front/back (CD simpan dalam)

Rajah 3: Sticker “duit syiling” Eddie

Kumpul sticker ini ada kelebihannya. Menurut arahan di belakang sticker, ia perlu dikumpulkan sebanyak 6 keping dan dihantar kepada alamat yang tertera bersama wang US6.66 untuk mendapatkan The Soundhouse Tape (TST) CD keluaran Sony. Oh, TST (Sony) ini la yang mahal sangat sampai cecah US$300 di eBay sekarang ini! Sebabnya, ia tidak dijual di kedai. Hanya dengan cara pengumpulan sticker ini sajalah caranya. Tambahan pula tarikh tutup dah lama berakhir, 6/6/03.

Aku sekarang ada dua sticker, atas dua album tapi tak kesampaian untuk mendapatkan TST. Jadilah kumpul sticker.

Yang menarik, TST ini dikeluarkan oleh Sony dan bukan EMI seperti kebiasaannya. Siapa ada maklumat kenapa, boleh taruk kat komen.

Versi US ini lebih sukar didapati dan lebih mahal jika dibandingkan dengan versi Japan. Ini mengikut firasat aku ialah versi Japan banyak tercemar dengan versi pirated yang mungkin dirilis di Russia. Sebagai bukti apabila korang browse eBay, korang akan dapati yang versi Japan banyak dijual oleh penjual dari Russia atau negara bekas jajahannya. Cuma aku dapat maklumat, versi Japan ini lebih menarik disebabkan ada tambahan poster. Bahayanya ialah takut terbeli yang pirate.

Rajah 4: The Number Of The Beast front/back

Rajah 5: Sleeve replica front/back (CD simpan dalam)


Rajah 6: Replica vinyl, cara simpanan pun sama macam vinyl.


Source belian: www.eBay.com
Harga (termasuk postage): US$56.02 (untuk Powerslave dan The Number of The Beast)


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top