Gig

Gig bersama NECROTIC CHAOS 2 Frb 2008!

Masa aku di Malaysia tempohari aku jadi tetamu kehormat NECROTIC CHAOS (NC) untuk gig mereka. Best!

Sebenarnya ia bukan dirancang. Niat aku balik ke Malaysia sekadar mahu merakamkan album kedua LANGSUYR. Itu je.

Tetapi sebelum itu, Adik (bass/vox NC) dah kontek aku atas sebab minta tolong aku untuk buatkan lirik untuk dua buat lagu NC yang baru, yang mahu dipersembahkan pada gig The Ressurection. Aku dan Adik bersms dari Australia ke Malaysia.

Entah macamana, dua hari sebelum flight ke Malaysia, aku dapat tahu yang NC kekurangan satu gitar. Jadam, sibuk dengan urusan kerja. Dia tidak dapat meluangkan masa untuk sesi ini. Apalagi, memikirkan rambut pun tengah dok panjang dan takde plan gig untuk LANGSUYR masa tu, tak rugi kalau tanya.

Eventually, Adik pun rasa it’s a good idea! Cool!

Problem is, masa dah suntuk dan aku kena belajar 6 buah lagu untuk gig ni! Waduh waduh… Lagu NC pun laju dan lenggok yang tak sama dengan LANGSUYR pulak tu. Dah le kena belajar, lepas tu nak dapat lenggok tu pulak.

Second day aku di Malaysia, kami jamming. Sempat jam dua kali sebelum gig. Honestly, aku tak berapa bersedia disebabkan masa yang suntuk tapi kuberanikan juga. Dapat main dengan NC weh… antara impian jugak tu hahahaha….

NC jadi first band to play. Before the show, Adik telah menghadiahkan baju NC kat aku. Terus aku pakai baju tu. It was a solid show. We plunged in with brutality. Good to hear my GIBSON Explorer cranking up the new Line6 amps sponsored by CK Music. Great!

Dan paling best, dapat jumpa kawan-kawan lama la. Rindu weh… setahun setengah tak jumpa!
Nota untuk gambar. Aku berambut panjang, berbaju putih dan bergitar GIBSON Explorer.



Kredit: gambar dari NECROTIC CHAOS myspace
video klip dari 6j6


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top