Membebel

Apa itu hadith (for beginners)?

Mari kita kongsi ilmu tentang hadith. First sekali kena tau prinsip asas agama Islam ni atas dua sumber asas, Al-Quran dan Hadith.

Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Hadis riwayat al- Hakim)

Al-Quran kita dah tau. Hadith ni kita tak berapa tau (aku pun sama). Hingga ada segolongan yang menolak terus Hadith dan memegang Al-Quran je semata-mata. Yang menolak hadith secara total, ia bukan lagi orang Islam.

Hadith ini penting sebagai sumber ilmu agama. Hukum wajib, harus, halal, haram, sunat etc boleh datang dari hadith (selain dari Al-Quran).

Hadith boleh ditolak jika ianya hadith palsu. Contoh hadith palsu paling popular ialah hadith berkenaan kelebihan berpuasa selama 30 hari. Yang selalu dok siar kat TV dan radio kita. Rasanya kebelakangan ni pun telah tak diwar-warkan lagi sekarang ni sebab makin ramai orang sudah ambil tahu berkenaan dengan hadith.

Larangan berbohong terhadap perkataan Nabi s.a.w. ada dalam hadith ini “”Whoever invents a lie and attributes it to me intentionally, let him prepare his seat in the Fire.” (me dalam hadith ni ialah Nabi s.a.w.)

Basically, ada beberapa kategori hadith:

1. Sahih (authentic)
2. Hasan (good)
3. da’if (weak)
4. maudu’ (palsu)

Yang dua pertama tu selalu diguna untuk buat hukum dalam agama (wajib, haram, halal etc) sedangkan yang dua kemudian tak boleh. Hadis da’if hanya untuk memberi semangat (fadilat). Hadith maudu’ atau palsu, tertolak terus, tak boleh pakai.

Selalu juga ajaran sesat menggunakan hadith palsu untuk mengelirukan pengikutnya.

Lama kita dah jadi orang Islam tapi kita pun tak berapa pasti Islam itu apa… so kita revision sikit la eh… kita sama-sama belajar. Kata orang yang soleh, bukan starting kita yang penting (born Muslim) tapi ending kita (died as Muslim).

Kitab hadith yang paling muktabar ada enam juga dikenali sebagai Sunan Sittah. Ianya:

Sahih Bukhari
Sahih Muslim
Sunan Abi Da’ud
Sunan al-Tirmidhi
Sunan al-Sughra (al-Nasa’i)
Sunan Ibn Majah

Yang paling autentik ikut scholars ialah Sahih Bukhari dan Muslim.

Dr Mufti Perlis pernah berkata, rujukan utama orang Islam ialah Al-Quran dan Hadith tapi selalunya Al-Quran je ada tapi takde kitab Hadith. Kalau ada duit lebih, beli la simpan kat rumah. At least ada Sahih Bukhari atau Muslim.

Hadith ni ada berapa banyak? Memang banyak. Imam Ahmad bin Hambal, imam kepada mazhab Hambali sendiri menghafal hadith sebanyak 300,000. Itu baru seorang Imam besar, tak ambil kira yang lain-lain lagi. Dengan lain kata, hadith ni memang banyak. Tapi nanti kena tapis yang mana sahih, da’if dan maudu’. Itu bukan kerja kita. Kita rujuk je dari ulama2 hadith.

Tapi kita kena tau la sikit2, nanti orang kata “Ini hadithnya!” dan kita beramal tanpa tau kedudukan hadith tu, alih2 hadith maudu’, rugi je la amalan sebab palsu. Hadith palsu ni penting juga kita tau sebab banyak hadith palsu dok berlegar-legar yang selalu juga kita sangka ianya sahih maka kita cepat-cepat nak beramal. Contoh paling dekat, ada hadith berkenaan kelebihan kayu KOKKA. Semua hadith berkaitan kayu kokka ni, PALSU! (rujuk Dr Mufti Perlis). Bayangkan orang berebut-rebut beli kayu kokka ribu-ribu RM dengan harapan dapat kebaikan rupa2nya apa pun takde. Yang untung mereka yang ambil kesempatan terhadap mereka yang jahil dan malas nak mengkaji (atau bertanya) akan kesahihan hadith tersebut.

Kalau ada penambahan, kesilapan etc please tegur.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top