Argumen asal ialah Umar r.a. masa zaman khalifah beliau, menyuruh rakyatnya solat 20 rakaat.
عبد الرزاق عن الاسلمي عن الحارث بن عبد الرحمن ابن أبي ذباب عن السائب بن يزيد قال : كنا ننصرف من القيام على عهد عمر وقد دنا فروع الفجر ، وكان القيام على عهد عمر ثلاثة وعشرين ركعة.
Abdul Razzak daripada al-Aslami daripada Harith bin Abdul Rahman Ibnu Abi Zibab daripada Saib bin Yazid katanya: “Kami selesai daripada sembahyang di zaman Umar ketikamana hampir subuh, sembahyang (tarawih) di zaman Umar r.a. adalah dua puluh tiga rakaat”
Sementara yang kata 8 rakaat, biasanya guna dalil ni,
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي
Daripada Abu Salamah bahawa dia bertanya ‘Aisyah r.a. dengan berkata: “Bagaimanakah sembahyang Rasulullah s.a.w. pada bulan Ramadhan?” ‘Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sama ada di bulan Ramadhan dan selain Ramadhan tidak melebihkan daripada sebelas rakaat. Dia bersembahyang sebanyak empat rakaat engkau jangan tanya tentang betapa cantik dan panjangnya. Kemudian dia bersembahyang sebanyak empat rakaat lagi, engkau jangan tanya tentang betapa cantik dan panjangnya. Kemudian dia bersembahyang sebanyak tiga rakaat lagi. Kemudian aku bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah engkau tidur sebelum engkau melakukan sembahyang witir?” Baginda s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”. (Sahih Bukhari bab kelebihan beribadat pada malam ramadhan, Sahih Muslim bab sembahyang dan bilangan rakaat sembahyang Nabi s.a.w. dan lain-lain.)
Aku tak reti nak explain sebab aku jahil tapi dari kesimpulan artikel yang dibuat, 20 rakaat lebih afdal.
Ayuh kesini untuk perbincangannya.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.





