
Err… siapa Lutfie? Rujuk gambar di bawah…

“Nnnggggg….” Abang Ben
Gua malam tu pakai macam skinhead (sebab kepala skinhead). Seluar 3/4. Baju Athotogh dengan baju cikano lengan panjang. Kasut Fila hitam berstokin putih. Lutfie pakai baju Metallica And Justice For All dia (manjang pakai baju tu je gua tengok.. sayang le tu). Masa beratur nak masuk venue tu gua perasan gua lain sikit sebab baju Athotoghtu putih sedangkan crowd boleh kata semua all black. Ada security check macam kat airport tu. Baru gua teringat venue ni few months back ada shooting. Bikie punya geng. Lutfie kena check id sebab event is 18+ above je. Gua dah siap sedia dah kot gua kena tahan gak, gua nak seligi kepala security tu.
Tempat tuju first sekali bila masuk venue sudah tentunya merchandise booth. Ramai gak yang beratur ada dalam 10-15 orang depan gua. Malang, t shirt tour Carcass tak memberansangkan tapi bak kata pepatah lagi, yang penting itu memori. So gua beli la jugak. Dapat long sleeve, yang short sleeve ada size S je. Size S kalau gua pakai nampak la pusat gua, bahaya tu takut ada yang tergoda. Terpaksa la gua beli size L lengan panjang tapi mahal $10 dari yang short sleeve.
TZUN TZU memulakan permainan dengan Death Metal ala Nile mereka dengan saduran Japanese (Nile -> Mesopotamia). Honestly, gua tak le into Death Metal macam ni tapi disebabkan gua selalu lepak dalam forum band ni, gua pun jadi teringin nak nengok. Overall, not bad cuma bukan gua punya taste la kan.

Next ialah DOUBLE DRAGON (sungguh original nama band ni hehehe…). Depa main ala-ala The Haunted macam tu tapi gua rasa macam lean lebih kepada Metalcore walaupun mereka beria-ia mengaku true Metal. Sound depa best. Bunyi gitar padat! Tapi bak kata pepatah, gua nak nengok CARCASS la.

A few minutes before CARCASS naik stage, crowd yang tadi berselerak mula tertumpu ke depan stage. Oh lupa nak bagitau, HQ ni venue best. Ada iras-iras Hippodrome kat Ipoh tu. Ada multilevel crowd area; moshpit, tempat lepak-lepak dan paling special ada satu ruang kat luar yang open air kot ada orang rasa nak pengsan ke boleh keluar kejap ambil angin. Sambung balik, crowd dah jerit-jerit gitu. Budak-budak remaja la yang bising ni. Kejap lagi gua suspect mesti jadi violent mosh pit ni so gua ke tepi-tepi sikit. Walaupun budak-budak remaja tapi badan macam badak sumbu masing-masing.

Hangguk jangan tak hangguk… Jeff Walker + Mike Amott.
“(apsal gua rasa macam Joe Wings lak ni)” Bill Steer of BANGKAI.
(ada sorang mamat badak sumbu ni baju belakang tulis Hate Core. Banyak-banyak tempat, depan gua juga dia berdiri membelakangkan gua sambil cekak pinggang. Kejap-kejap dia masuk moshpit. Lepas tu dia break, mesti nak berdiri depan gua cekak pinggang. Kadang-kadang pulak tiba-tiba je dia headbang. Headbang normal takpe jugak. Ni jenis headbang hayun kepala sampai kebelakang… huhuhu… kot terkena muka gua, gua yang karam dulu… – nasib baik dia caloo tempat lain kalau tak gua teringin jugak nak seligi kepala dia (acah je)).
Acara bersilat dengan gitar (bakal dipertandingkan di peringkat antarabangsa).
Ni CARCASS ke LED ZEPPELIN? Gaya 70s habis! Jeff and Bill.
“Ooohhh mak ai… dahaga gila – bila nak abis nih…”
Sonic quality venue memang best. Gua rasa paling best setakat gua pernah tengok gig kat venues macam ni. Gua rasa patut next time kot ada band international datang, main kat sini. Sound memang sedap.
2 minutes to midnight (macam lagu IRON MAIDEN tu), CARCASS mengakhiri persembahan mereka dengan sorakan approval dari crowd yang puassss… Sambil campak2 pick gitar, botol air dan stick drum gua teringat matlamat Lutfie datang, nak dapatkan pick ke stick tu. Moga-moga dapat le Lutfie oi. Gua kata kat Lutfie, lu orang muda jangan ikut gua. Nanti gua nak lepak belakang kalau lu enjoy dok kat barricade, jangan lu rasa susah hati pulak. Moga selamat la Lutfie oi kena henyak kat barricade tu. Janji gambar show cun sudah, boleh masuk blog krenmaut.



Venue pun dah diterangkan, maka gua cari Lutfie dan cepat-cepat gua bergambar dengan Don TZUN TZU (dan beli 2 rilisan mereka dalam bentuk CD). Sempat jugak gua fast chatting dengan mate gua, Dave (senior Adelaide Metal umur dah 40+ – no melody in Death Metal please motto – PhD in Literature ke apa dia ni dia bagitau gua dulu – sekarang kijer as a relief teacher je heheh… tapi gaji best).


Overall, a nice show. Kalau ada show camni kat HQ gua rasa kena pergi pasal tak sakit hati sound tak best.
kredit gambar dan video – LUTFIE

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.