Hidup di Adelaide

Projek besar akhir tahun! II

Projek besar akhir tahun is slowly taking it’s shape.

Travel date is set 14/12 – 21/12. Dua family akan pergi; tujuan utama nak buat passport anak di Canberra.

So first step sudah tentunya sewa kenderaan.

Family gua yang besar ni tak boleh sewa kereta. 2 adults, 4 kids. Kena sewa 7-8 seaters. At least van. Oleh kerana van takde, yang cuma ada Toyota Tarago. AUD$418 for a week.

Kat Malaysia namanya TOYOTA Estima.

Sahabat gua yang anaknya baru lahir sorang, sewa kereta je la. Lagi murah. AUD$180 per week.

Toyota Camry sedan. Nice!

Ada beberapa syarikat yang dok sewa kereta ni. Antaranya yang paling popular; Avis, Hertz dan Budget. Sebelum ni gua pi ijtima’ di Melbourne dengan brothers kat sini, mereka suka sewa dari Avis. Memang cheapest la Avis ni. Tapi untuk kali ni, setelah gua survey, Hertz lagi murah. Sewa 7 hari, hanya bayar untuk 6 hari dengan guna kad RAA.

Mula aku pergi kaunter untuk book. Tapi kerani kat situ bagi quote berbeza dari yang online. Beza AUD$50 tu! Rupa-rupanya memang online/internet quote lagi murah. So gua balik, gua book dari internet la.

Extra item yang gua sewa, GPS system (AUD$10 per day). Mula ingat nak beli tapi bila pikir-pikir balik, kat Malaysia nanti bukan pakai sangat pun (ingat, gua nanti dok area-area Tronoh je – complicated ke jalan kat situ?), maka gua batalkan hasrat gua tu.

First step dah setel. Next step; sewa accommodation. Ni kritikal. Sebabnya dari initial survey, nak cari yang sesuai tu agak parah. Sesuai = murah tapi comfortable.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top