Hidup di Adelaide

Duit… datang dan pergi

Semalam ada budak lepasan sekolah beli CD dari aku, NEVERMORE Dead Heart in a Dead World dengan IN FLAMES Come Clarity. Dapat la $30.

Yeap budak lepasan sekolah Year 12. Equivalent to lepasan SPM le kot. Kata dia, lepas ni dia nak start pilih instrumen untuk main. Tak sempat nak tanya nak main gitar ke, drum ke. Mat Metal patah tumbuh hilang berganti.

A few weeks back aku beli CD from eBay. Oleh kerana lokasi dekat, aku ambik by hand. Ku sangka lelaki rupanya wanita huhuhu… Dia jualkan CD yang boyfriend dia tak nak. Oleh kerana menarik jugak koleksi boyfriend dia, aku beli sampai dua kali. Aku beli kerana CD bukan kerana wanita itu, OK!

Anyway, berbalik kepada $30 tu. Lepas jual, merayau kat kedai CD dan to my surprise terjumpa CD ni. IRON MAIDEN Virtual XI vinyl replica, on a bargain bin! Tanpa melengah masa, sapu! Album ni dah aku ulas DI SINI (Japan boxset).

Hari ni pulak, lepas hantar anak ke sekolah, pi beli grocery sikit dan singgah kat newsstand. Terjumpa pulak ni…

Lama tunggu isu spesel ni. Next time aku ulas ini isu. Dah baca beberapa artikel dan aku memang minat spesel isu macam ni. Definitely a keeper!

Penyudahnya, $30 tu recycle beli benda baru pulak. Errr… gitu la konsep duit. Dapat dan pergi.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top