King Diamond

KING DIAMOND Conspiracy remastered CD

KING DIAMOND dengan album Conspiracy aku letakkan sebagai album KING DIAMOND yang paling heavy. Baik dari segi muzik mahupun produksinya. Mungkin sentuhan dari produsernya Roberto Falcao ataupun penangan studio di US yang mereka gunakan. Sebelum ini, semua rakaman album KING DIAMOND dibuat di Denmark.

Selepas kejayaan album “Them” yang terjual sebanyak 200,000 keping di US saja, memberi inspirasi kepada KING DIAMOND untuk meneruskan penceritaan dalam “Them”. Dengan lain perkataan, ini adalah “Them” Part 2.

(KING DIAMOND adalah nama kepada penyanyinya. KING DIAMOND juga adalah sebuah band, jadi kadang-kadang boleh jadi confuse sikit bila nak refer kepada band dan penyanyinya)

Aku pun tak tahu dah berapa kali aku beli, jual, beli, jual CD ni. In the end mesti ada beli balik (jangan ditanya kenapa dijual).

Rilis ni special disebabkan ianya termasuk dalam rilisan Roadrunner remastered dengan bonus tracks. Untuk pressing yang awal, semua CDnya adalah gold CD (kemudiannya jadi CD biasa).

Konsep album sebegini telah mula dibuat sepenuhnya sejak album kedua Abigail (album pertamanya, Fatal Potrait cuma mini series; 4 lagu berkaitan selainnya lagu bebas). Dan ianya nampak berjaya. Bukan saja berjaya malah unik. Gaya penceritaan genre horror yang diceritakan benar-benar seperti sebuah filem.

Dalam sequel ini, watak King (beliau sendiri?) sudah dewasa. Dan rumah kepunyaan neneknya menjadi rebutan. Ibunya pula menjadi dadu pertaruhan oleh kaunselor jahat. Sementara King, yang telah membunuh neneknya yang jahat telah dikaunseling oleh kaunselor jahat. King yang memusuhi hantu yang bersekongkol dengan neneknya pada album “Them” kini mula berganding dengan hantu tersebut untuk ‘menyelamatkan’ ibunya yang berkonspiracy dengan kaunselor jahat untuk mendapatkan rumah tersebut dari King.

Hantu yang dimaksudkan ialah “Them”.

Kompleks jalan ceritanya. Lagi kompleks nak masukkan lirik bercerita sebegini dalam

Aku pernah berharap kalau agar album “Them” dan Conspiracy ni difilemkan. Aku pernah terbaca yang KING DIAMOND sendiri berfikiran begitu tapi aku tak pasti kenapa ia tidak pernah menjadi realiti. Kalau jadi mesti cool punya. Ceritanya pun bukan sahaja seram tapi karektor jahat nenek dan emosi King begitu mencengkam.

Dari Rob Zombie bikin filem seram yang mengarut tu, baik dia jumpa KING DIAMOND dan diskas camana nak jadikan “Them” dan Conspiracy sebuah filem. Tak pun boleh suruh Bruce Dickinson.

Pada aku gandingan gitaris Andy La Rocque dan Pete Blakk adalah gandingan paling mantap. Dua-dua shredder dan solo gitar dua-duanya berdesing. Malangnya gandingan ini hanya kekal untuk album “Them” dan Conspiracy je. Juga ini adalah album terakhir drummer extraordinaire, Mikkey Dee (sekarang dengan MOTORHEAD) bersama dengan KING DIAMOND. Mereka bertiga bersama Hal Patino dan KING DIAMOND sendiri pada aku menjadi line up KING DIAMOND paling mantap!

Lyrics written by King Diamond. Music credits indicated as such.
1. “At the Graves” (Diamond) – 8:56
2. “Sleepless Nights” (LaRocque) – 5:05
3. “Lies” (Diamond) – 4:22
4. “A Visit from the Dead” (LaRocque) – 6:12
5. “The Wedding Dream” (Diamond) – 6:01
6. ““Amon” Belongs to “Them”” (LaRocque – Diamond) – 3:51
7. “Something Weird” (LaRocque) – 2:06
8. “Victimized” (LaRocque) – 5:21
9. “Let It Be Done” (Diamond) – 1:13
10. “Cremation” (Diamond) – 4:12

Reissue Bonus Tracks
11. “At the Graves” (alternate mix) – 7:20
12. “Cremation” (live show mix) – 4:12


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top