Tolaklah segala permainan politik dan sebagainya. Letakkan diri kita sebagai orang awam.
Sekarang ni kita marah tapi argument kita lebih kepada mengutuk orang Islam yang lain. Arab bodoh dan bacul kerana tak bantu. Negara kita bodoh dan bacul pasal tak bantu.
Kita pulak… berani dan betul? Sedangkan kita pun banyak ‘interest’ nak kena jaga. Setakat ketuk meja tu, aku rasa pak Arab dan mereka-mereka yang kita dok kutuk tu lama dah buat.
Kita membayangkan orang Islam ni gagah dan perkasa. Sedangkan zaman tu dah lama berakhir. Lama sungguh. Kenapa kita fikir yang kalau kita banyak duit/harta, maka kita boleh jadi gagah dan perkasa, aku pun tak tau dari mana. Sebagai contoh, kalau kau banyak duit, lihat diri sendiri, kau gagah dan perkasa ke? Makin lembik ada la. Maklumlah, kepentingan “perlu” dijaga.
Lihat diri sendiri pada cermin. Kita adalah refleksi kepada keadaan umat Islam sekarang ni. Kalau kita rasa Islam dalam diri kita lemah, hanyut, hampeh… Begitulah keadaan umat Islam sekarang. And for this, kita dibenarkan kutuk/maki orang Islam yang lain? Why not kutuk/maki diri sendiri?
Buatlah yang paling patut kita buat (tapi kita TAK buat). Doa. Doa. Doa… dan doa. Dan kalau antara kita tu yang jadi imam surau/masjid, buatlah QUNUT NAZILAH.
Dan selalu ingat dan kasihkan saudara-saudara kita di sana.
p/s: bab konspirasi/globalisasi whatever tu, ingatlah perancangan Allah s.w.t. lebih hebat.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.





