Aku pun pergi balik kat ruangan CD. Mungkin aku tersalah pandang tadi dan tak jumpa versi CD. Aku godek-godek, memang tak ada!
Versi CD tak ada? Ke dah habis? Nak tanya, malas le pulak tengok orang sibuk je. Takpelah, aku beli DVD ni dulu.
Dokumentari ini telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia dan aku antara ramai yang menontonnya di layar perak. Boleh baca rebiunya DI SINI. So tak payahlah aku ulang ulas apa yang dah diulas.
Cuma mungkin yang boleh dipanjangkan ialah packaging DVD special edition ni. Untuk ramai yang di Malaysia, aku tak berharap ianya dijual di mana-mana kedai secara berleluasa. Mungkin jadi real special edition kerana ia jadi special order untuk beberapa kedai yang mengimport CD luar. Penyudahnya, kena order dari overseas. Dah tentu mahal.
Jadi worth it ke nak bayar mahal? Ingat, selain dari special edition ni ada yang rilisan biasa dan harganya separuh.
(Aku cuba tak bias kerana untuk diehard IRON MAIDEN fan, berbaloi tak berbaloi tak boleh nak diskas panjang-panjang)
Benda yang sama antara SE dan rilisan biasa ialah ianya 2 discs. Disc pertama ialah FLight 666 dokumentari yang sama yang ditayangkan di pawagam. Disc kedua pula, keseluruhan konsert (satu lagu, satu bandar – ada 17 buah lagu, maka 17 buah bandar – excellent).
Itu je yang sama.
Yang special untuk SE ialah, packagingnya seperti buku hardcover. Kemudian dikepilkan 30 helaian seperti sebuah buku yang menampilkan informasi berkaitan Somewhere Back In Tour; antara lain, nota diari Bruce Dickinson.
Verdict? BERBALOI! (Serius, aku tak bias!)
Pikirkan… Alang-alang nak order dari overseas, dan membayar postage yang agak mahal, baik beli yang SE. It’s worth it. SE ni, once habis, susah la nak dapat. Kalau nanti teringin dan nak beli, kena beli kat eBay. Mimpi ngeri sekarang ni kalau nak bid kat eBay untuk barangan IRON MAIDEN yang dah out of stock (OOP). Kamu harus membayar harga yang sangat premium!
Untuk disc full concert, memang cantik ah! Walaupun penampilan IRON MAIDEN lebih kurang sama je kat semua venue tapi yang berbeza ialah crowdnya! Kita boleh bandingkan crowd mana paling happening. Sudah tentunya di Amerika Selatan. Susah nak cerita, tapi bila dah tengok baru tau.
Antara lain, Bruce Dickinson terduduk beberapa ketika mendengar sorakan peminat di Mexico. Patutnya crowd menonton band tapi jadi terbalik, band menonton crowd! Dalam dokumentari dijelaskan situasi peminat IRON MAIDEN di Amerika Selatan; kenapa mereka begitu emosional dengan IRON MAIDEN.
So apa lagi? Beli!
Download tak serupa dengan memegang barangan sebenar.
Untuk peminat tegar, selain dari DVD ini juga dirilis dalam bentuk CD, Blu-Ray dan vinyl. Persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kami, tabung mana yang perlu dipecahkan kali ini?
2013 ialah tour terakhir IRON MAIDEN?
, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.