

Mulanya sebagai sebuah band Death Metal yang teknikal lewat 80an. Album seminal, Soulside Journey merupakan sebuah benchmark untuk muzik Death Metal yang twisted, technical dan progressive. Namun apabila melandanya ombak Black Metal di Norway yang menyaksikan pembunuhan sensasi Euronymous (MAYHEM) oleh Count Grishnackh (BURZUM), DARKTHRONE ketika itu sudah bertukar wajah. Imej Black Metal menjadi pegangan utama mereka dan lama-kelamaan skil muzik mula diminimaliskan beransur-ansur dari album A Blaze In The Northern Sky kepada album produksi mono, Transilvanian Hunger. Namun ia tetap menjadi benchmark kepada band Black Metal sekarang. Band mana yang tidak ada unsur dari DARKTHRONE?
Setelah 10 tahun dengan muzik BM minimalis, DARKTHRONE sekali lagi mengejutkan dunia dengan album The Cult Is Alive yang menyuntik unsur muzik punk dan crust secara menyeluruh. Diikuti dengan album F.O.A.D. dan yang terbaru, Dark Thrones and Black Flags (Black Flag ialah sebuah band hardcore punk tersohor).
Membaca liner notes dalam album ini kita akan dapat menyelami hati pemuzik-pemuzik ini. Persoalan mengapa jadi begini dijawab secara tidak langsung dengan nada berseloroh. Google sahaja temuramah Fenriz dan apabila ditanya mengenai kondisi muzik Black Metal sekarang ini, kalau tak dijawab dengan maki hamun, pastinya akan disindir dengan keras sekali.
Terlalu banyak ‘plastik’ di dalam ‘besi’, kata beliau. Trend yang dielak, itu yang menjadi sanjungan.
Mungkin kerana itu muzik minimalis DARKTHRONE bertukar. Suntikan punk dan akhir-akhir ini elemen NWOBHM turut menjadi unsur utama di dalam album. Itulah akibatnya apabila Fenriz melabur US$5000 setiap tahun untuk membeli CD dan vinyl!
Trademark DARKTHRONE yang kita ketahui seperti produksi sebu, bunyi gitar karat dan suara garau Nocturno Culto. Yang menyanjung DARKTHRONE tetap akan menyanjung dan yang membenci pun sama. Itu bukan persoalannya.
Persoalannya, apakah jenis trend baru yang mahu diasaskan DARKTHRONE seterusnya? Simpan atau buang CD pastinya tidak dipeduli oleh mereka. Andaikata DARKTHRONE menyuntik elemen dangdut ke dalam album akan datang, album tersebut pasti akan terjual. 20 tahun dengan slogan AKU PEDULI APA, mengapa sekarang perlu mengambil peduli?
- “The Winds They Called the Dungeon Shaker” – 3:52
- “Oath Minus” – 4:16
- “Hiking Metal Punks” – 3:21
- “Blacksmith of the North” – 3:13
- “Norway in September” – 5:46
- “Grizzly Trade” – 4:16
- “Hanging Out in Haiger” – 3:22
- “Dark Thrones and Black Flags” – 2:24
- “Launchpad to Nothingness” – 4:31
- “Witch Ghetto” – 3:56

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.