Iron Maiden

Ulasan: BLAZE BAYLEY The Man Who Would Not Die CD

BLAZE BAYLEY adalah band kepada, siapa lagi, Blaze Bayley, bekas penyanyi IRON MAIDEN semasa album The X-Factor dan Virtual XI. Ini merupakan album keempat beliau dan pertama menggunakan monicker BLAZE BAYLEY (sebelumnya sekadar BLAZE). Dua album sebelumnya telah diulas secara ringkas DI SINI.

Berita baik, album ini, dibandingkan yang lepas-lepas, merupakan album terbaik pernah dirakam oleh Blaze. Album ini juga merupakan album comeback beliau setelah ditekan dengan pelbagai musibah antaranya yang paling besar, kematian isteri tercinta beliau, Debby. Dalam beberapa temuramah beliau, beliau sangat terhutang budi dengan sokongan isteri beliau kerana pernah satu ketika Blaze merasa sangat tertekan dengan karier solo beliau hingga hampir mengambil keputusan untuk bersara terus dari arena muzik.

Berbeza dengan album sebelumnya, koloborasi antara band members adalah lebih. Mungkin disebabkan itu, album ini mengandungi lagu-lagu yang strong. Antaranya track mula, The Man Who Would Not Die (cerita tentang diri sendiri?), While You Were Gone (tribute kepada Debby), Robot dan sebagainya. Dan apa yang paling menyerlah, koloborasi dari band members yang lain memasukkan elemen Power Metal dan Thrash Metal ke dalam album yang menyegarkan.

Melihat dari kekuatan album ini, ianya seolah-olah telah dapat menyaingi album solo Bruce Dickinson jika tidak menyamainya. Sungguh! Karier Blaze nampaknya akan naik tinggi selepas ini.

1. “The Man Who Would Not Die” – 4:35
2. “Blackmailer” – 4:43
3. “Smile Back at Death” – 7:38
4. “While You Were Gone” – 5:27
5. “Samurai” – 5:39
6. “Crack in the System” – 5:53
7. “Robot” – 3:10
8. “At the End of the Day” – 3:39
9. “Waiting for My Life to Begin” – 5:10
10. “Voices from the Past” – 5:55
11. “The Truth Is One” – 4:22
12. “Serpent Hearted Man” – 6:15


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top