The Beatles + Metallica = Beatallica
Ni bukan band calang-calang pun. Musicianship tip top! Weird Al Yankovic yang selalu mengcover lagu Michael Jackson, Beat It = Eat It antaranya; merupakan multi-instrumentalist. Aku pernah ada satu album Weird Al ni. Dia karang semua lagu dan dia memainkan 70% dari alatan muziknya. Weird Al bukan calang-calang orangnya.
Begitu juga Beatallica. Walaupun intipatinya nampak macam joke dan spoof, tapi lagu-lagu mantop.
Idea Beatallica ialah menggabungkan lagu The Beatles dengan Metallica. So setiap lagu mesti ada part Metallica dan ada part The Beatles. Tajuk lagu-lagu mereka menggambarkan fusion mereka seperti contoh The Thing That Should Not Let It Be adalah fusion lagu The Thing That Should Be (Metallica) dan Let It Be (The Beatles). Pening gak tu nak infuse. Tapi lagu ni antara feveret aku dalam album ni.
Aku tak berapa familiar dengan lagu-lagu The Beatles (mungkin dah patut start dengar) kecuali lagu-lagu top macam I Want To Hold Your Hands so aku tak berapa boleh nak komen fusion part The Beatles. Tapi lagu-lagu Metallica agak familiar le jugak (tolak album Load, Reload dan St Anger).


Kategori muzik Beatallica boleh le dikatakan sebagai Metal sebab majoriti gitar heavily distorted sound. Suara pun lebih ke arah James Hetfield. Part yang cheerful dan happy (sometimes sad too) biasanya datang dari The Beatles.
Kontroversi juga mereka ni sebab syarikat rakaman nak saman. At least Metallica backing dan lawan balik syarikat rakaman yang akhirnya Beatallica dapat meneruskan fusion mereka. The Beatles pun beri kebenaran kot? Kalau tak sure tak dapat teruskan.
But this is a fun album! Try it.
Boleh detect lagu mana dari Metallica dan mana The Beatles dari tajuk lagu-lagu kat bawah ni?
01. The battery of jamyz and yoko
02. Masterful mystery tour
03. And i’m evil
04. Everybody’s got a ticket to ride except for me and my lightning
05. Running for your life
06. The thing that should not let it be
07. Hero of the day tripper
08. Got to get you trapped under ice
09. I’ll just bleed your face
10. I want to choke your band
11. Tomorrow never comes

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.







