
Tak ingat siapa dia, tapi aku ingat tamsilan* dia sampai sekarang.
Bachelor degree
Belajar tentang basikal secara keseluruhan. Apa guna seat (tempat duduk le… tahniah kerana betul jawapan), mana nak cucuk seat tu kat frame. Tayar ada berapa biji? Lampu malam nak kena letak ke tak?
Master’s degree
Kaji/belajar hal mengenai tayar basikal dengan detail. Tayar je. Lain tak kira. Berapa radius tayar tu? Frame tayar nak pakai apa jenis material? Getah tayar nak lebar ke nipis?
PhD
Kaji tentang satu rim pada tayar basikal tersebut. Banyak persoalan mungkin timbul antaranya, sesuai pakai besi? aluminium? Ditanya kembali, apa buktinya? Tanya kembali, mana tau itu bagus, dah compare dengan benda lain? Tebal mana? Kenapa tak tebal sikit? Kenapa tak nipis sikit? Ringan ke? Apa berat optimum? – semata-mata kajian tentang rim yang sebatang tu je. Diulangi… SEBATANG RIM!
—tamat tamsilan kawan aku tu—-
—mula tambahan moralnya—–
Orang takde iman, bila selesai PhD dan dapat PhD dia akan lihat kehebatan dia mengkaji begitu detail hingga boleh cakap luar dalam tentang hal yang dikajinya. Kata seorang alim yang aku dengar mp3nya, apa pun tak guna sebab banyak mana PhD pun dia dapat, tanpa iman, akhirnya di neraka.
Orang yang ada iman, akan lihat kebesaran Allah s.w.t. Untuk kaji benda yang SORANG PUN TAK AMBIL TAU (kaji pasal sebatang rim basikal… pehal? Bini pun tak berapa peduli, habis-habis pun boleh tanya, bila nak siap?) tapi punyalah payah! Habis masa sampai 3-4 tahun, tak tidur siang malam memikirkan hal rim yang sebatang tu, makan tak kenyang mandi tak basah… Dahsyatnya ilmu Allah s.w.t. wehhhhh. Benda kecik macam tu separuh mati mengkaji. Kajian kita tu kita JUMPA je. Tak pun ASSEMBLE. Bukan cipta. Yang cipta hanyalah Allah s.w.t.
Patut makin tawaduk dan takwa le (mengeluh mengenang diri…)
*adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.