Teh tarik kurang manis sampai dulu. Abang Hamdan yang merupakan orang kampung Tronoh, juga penjual ayam dan sayur kat pasar Tronoh senyum padaku sebaik sahaja dia turun dari motornya. Memang tadi sekali keluar dari masjid.
Aku tak biasa sembang dengan dia. Tapi kenal siapa dia. Topik kami bermula dengan kematian beberapa warga tua di kampung Tronoh. Kemudian masuk kepada topik tanah kampung Tronoh yang dijual beli. Ada yang nak dijual dengan harga RM170K siap dengan rumah batu. Ada pula yang telah dijual dengan harga yang murah RM50K. Di Taman Tronoh Jaya, yang terkenal dengan kandang babi besar disebelahnya pun sekarang harga dah naik, dari RM30K kepada RM50K untuk unit banglo. Itupun disebabkan kandang babi tu dah takde. Pindah.
“Lepas ni Abang Hamdan nak ke kebun…” kata beliau.
“Ada tanah kerajaan kat dalam tu, Abang Hamdan tanam macam-macam…. itu hari musim panas, Abang Hamdan cabut anak-anak pokok pisang tu sebab air takde… kumpul kat tepi-tepi… sekarang ni dah hujan Abang Hamdan masuk balik, tengok-tengok dah berakar dah anak-anak pokok pisang tu… Nak kena alih…”
“Tanah kerajaan?” aku bertanya kembali sambil mengerutkan dahi. Tanda mahu mendengar penjelasan dengan lebih lanjut.
–to be continued…

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.