Musik

Ulasan: PEARL JAM Back Spacer CD

Orang kata ini album comeback. Ada orang kata comeback tapi bukan signature Pearl Jam. Ada orang kata dah memang Pearl Jam punya album satu-satu ada kelainan.

Aku kata, aku tak tau! Inilah first time aku dengar Pearl Jam dengan serius. Yang dimaksudkan serius ialah aku ulang-ulang dengar album ni. Sebelum ni, memang aku tak dengar dengan serius. Apa album klasik PJ pun aku tak tau. Apatah lagu hits mereka. Mungkin aku terlepas pandang?

Jadi aku merebiu sebagai seorang outsider mungkin?

Mana nak mula? Suara Vedder mungkin yang disanjung tinggi oleh peminat PJ? Oh, suara beliau begitu normal pada pendengaran aku. Memberi peluang kepada ramai untuk ‘perasan’ bahawa suara mereka pun sama seperti Vedder. Ya, ada sesuatu dengan lenggokan suaranya tapi range vokalnya normal. Cara bait-bait lirik dinyanyikan ada sesuatu yang sukar aku nak terjemahkan dalam bentuk tulisan. Apa sebenarnya pada suara Vedder?

Muzik PJ sendiri luas dari segi fleksibilitinya, dari hard rocking grunge seperti dalam lagu Gonna See My Friend, Got Some dan The Fixer kepada lagu ala country seperti Just Breathe, punkish rock dalam lagu Supersonic (satu-satunya lagu dengan solo gitar?) yang kemudiannya diakhiri dengan balada akustik The End. Ahh.. kenapa tak melekat pada otak aku? Kenapa tidak melekat jadi siulan dan humming untuk aku? Aku terlepas dengar apa-apa ke weh?

Kekuatan sebenar? Liriknya! Rasa-rasanya peminat PJ seia sekata yang album-album PJ ada ups and downs tetapi tidak pada liriknya. Setiap liriknya penuh dengan makna yang mendalam. Begitu memberi kesan kepada peminatnya. Album yang hits atau tidak, konsistensi lirik PJ tetap sama. Terbaik! Kata mereka. Kata aku, aku tak tau!!! CD promo yang aku dapat dari Universal Music ni cuma dibaluti kertas kadbod bercetak. Takde booklet. Bila takde booklet, takdelah lirik. Hahaha… selamat aku.

Maaf. Sebagai seorang yang takde kaitan dengan PJ dan mahu dikejutkan dengan album PJ ini, nampaknya aku terpaksa pulang dengan hampa. Aura PJ belum cukup untuk sustain my interest. Next!!!

1.     “Gonna See My Friend”             2:47
2.     “Got Some”       Jeff Ament     3:01
3.     “The Fixer”       Matt Cameron, Mike McCready, Stone Gossard     2:57 (VIDEO)
4.     “Johnny Guitar”       Cameron, Gossard     2:49
5.     “Just Breathe”             3:34
6.     “Amongst the Waves”       Gossard     3:57
7.     “Unthought Known”             4:08
8.     “Supersonic”       Gossard     2:38
9.     “Speed of Sound”             3:34
10.     “Force of Nature”       McCready     4:03
11.     “The End”             2:55

——————————-
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top