
Dekad kebelakang ini negara dihujani dengan band indie Indonesia. Hujan ini bertukar menjadi ledakan apabila mendapat protes dari artis tempatan. Apabila periuk nasi dikacau.
Pendapat yang popular untuk menjustifikasikan hujan itu adalah kerana mereka (band Indonesia) membawa arus baru muzik nusantara. Mereka mencipta genre mereka sendiri. Mereka dipanggil pop Indon. Oleh kerana tiada tentangan dari pemuzik tempatan sendiri, maka hujan ini diterima baik oleh pendengar tempatan.
Semenjak dari itu, hujan makin mencurah-curah, tidak terhenti.
Namun kebelakangan ini, hujan menjadi banjir. Sistem saliran tidak baik, menyebabkan manusia yang menerima hujan dengan tangan terbuka pada asalnya, mula mencebik kerana ia makin melemaskan.
Begitulah yang mungkin terjadi apabila kita menilai album terbaru Nidji ini. Ianya adalah 100% pop Indon. Seperti yang telah dibawa oleh saudara-saudara mereka sebelumnya. Tiada terlebih masin, tiada juga terlebih manis. Semuanya secukup rasa. Bak orang yang disajikan benda yang sama, ia menjadi hambar dan tidak mendatangkan selera.
Tiada kritikan untuk produksi, kerana produksi cukup bagus. Rakaman dibuat dengan baik sekali. Tiada uga kritikan untuk lagu-lagu yang disajikan kerana memang ianya pop Indon. Cuma variasi yang diperlukan. Itulah perkara utama. Lagipun, tidaklah ada lagu yang betul-betul menggamit perhatian di dalam album ini yang boleh menyebabkan album ini menjadi album rujukan. Dengan lain kata, album ini jatuh dalam gerombolan album mediocre.
——————————-
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






