Malaysiana

Akhbar melayu VS akhbar English

Bapak aku disekolahkan di sekolah Inggeris. Aku jahil sikit apa maksud sekolah Inggeris tapi telahan aku ialah sekolah itu bermediumkan bahasa Inggeris.

Masa aku kecil dulu, aku teringat masa aku naik keretapi sekeluarga ke kampung beliau di Johor Bahru, bapak aku bersembang dengan seorang Inggeris dan beliau berbahasa Inggeris.

Aku tak katalah Bapak aku pronunciation beliau macam Mat British. Tapi he can speak and read quite well (tengok! Aku pun dah start sembang Inggeris!)

Satu pe’el Bapak aku, ialah beliau suka beli akhbar English. The Star adalah akhbar kegemaran beliau. Ia adalah akhbar beliau yang beliau beli setiap hari. Masa aku kecil, memang aku tak berapa peduli berita-berita yang dilaporkan, cuma ruangan feveret aku ialah ruangan comic strip dalam tu.

Yang akhirnya, aku bolehlah membaca tulisan English, even sebelum masuk sekolah lagi. Merangkak-rangkak le (aku bukan genius – jauh sekali).

Pointnya ialah, jadi habit kepada aku – baca akhbar English. Berbanding dengan akhbar Melayu.

Akhbar English – samada The Star, New Straits Times (NST) dan The Sun (sekadar menamakan sebahagian yang menyerlah di tanahair), ada ruangan pull-out yang mempunyai tema masing-masing setiap hari. Ataupun diberi nama supplementary section.

Contohnya, pada hari Rabu, pull-out section bagi NST ialah mengenai kesihatan. Jadi, lebih kurang 10-15 mukasurat pull-out tu berkisar tentang kesihatan. Kebanyakan artikel yang ditulis adalah dari sumber luar. Itu bukan hujah. Hujahnya ialah, artikel-artikel begini menambahkan pengetahuan.

Bandingkan dengan akhbar berbahasa Melayu. Aku tak mau nak ulas. Anda sendiri ada pengalaman kan?

Antara masalah akhbar berbahasa Melayu ialah sudah tentunya, kalau mencedok (licensed) artikel dari luar itu boleh tetapi untuk mengalih bahasa, itu jadi masalah. Jadi, atas sebab itu (tiada kakitangan yang dilantik khas untuk terjemahan artikel-artikel ilmiah), maka tiada ruangan pull-out seperti dalam akhbar English.

Pada aku, ruangan berita tu, sama je mana-mana akhbar.

Yang membezakan ialah bagaimana berita itu dianalisis. Yang keduanya, sebanyak mana kandungan ekstra itu memanfaatkan kita.

Sebab kedua itulah yang menyebabkan aku memilih akhbar English sebagai sumber bacaan akhbarku, sejak bertahun-tahun lamanya.

Kalau aku nak beli akhbar Melayu pun, mungkin bila isteri aku suruh beli. Kalau tidak, memang aku tak beli punya.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top