
Ianya berkait pada satu situasi.
Bruce Dickinson (vokalis IRON MAIDEN) telah menjadi juruterbang kapalterbang yang membawa pasukan Liverpool F.C. ke Naples (Italy) untuk perlawanan Liga Eropah malam Khamis lepas. (SUMBER)
Beliau bukanlah asing dengan industri aviasi. Untuk program konsert jelajah dunia Somewhere Back On Tour, IRON MAIDEN telah menyewa sebuah kapalterbang yang mana beliau sendiri menjadi juruterbangnya.
Malah, dalam masa lapang apabila tiada aktiviti berkaitan dengan IRON MAIDEN, beliau menjadi juruterbang sepenuh masa.
Ditanya samada beliau memilih menyanyi ataupun menjadi juruterbang, beliau sukar untuk memberi kata putus.
Tetapi yang penting, beliau tidak akan meninggalkan bidang nyanyian. Ini keputusan yang melegakan jutaan peminat IRON MAIDEN.
Bruce Dickinson adalah seorang multi-talent. Selain menyanyi dan menjadi juruterbang professional, beliau juga pengarah filem, penulis buku, penulis skrip, juruhebah, pelakon dan juga fencer bertaraf dunia.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.