Musik

Ulasan: STEVE WINWOOD Revolutions The Very Best Of CD

Aku takde klu, siapa Steve Winwood ni. Sehinggalah aku klik pada pakcik Google.

Yang sebenarnya beliau super-duper famous!

Semasa membaca majalah Classic Rock isu tribute DIO (DI SINI), aku terbaca tentang satu band psychedelic rock bernama Traffic. Cara artikel itu ditulis membuatkan aku terasa macam nak cari CD Traffic ni. Band tersebut nampak macam cool dalam berkarya. Mereka bertapa di sebuah perkampungan England yang jauh dari penempatan ramai untuk menyiapkan album pertama mereka dengan segala macam bencana kecil yang berlaku akibat tidak biasanya mereka di kawasan perkampungan.

Aku tak perasan. Steve Winwood merupakan salah seorang dari anggotanya.

Bahkan beliau pernah bersama dengan Eric Clapton di dalam band Blind Faith.

Malah, Ozzy Osbourne pun ada menyebut nama beliau di dalam autobiografi I Am Ozzy! Sungguh banyak perkara yang aku tak tau rupanya.

Album ini adalah album kompilasi sepanjang karier beliau bersama The Spencer Davis Group, Traffic, Blind Faith dan solo. Cantik. Kita dapat melihat progres beliau pada setiap peringkat karier beliau.

The Spencer Davis Group adalah band classic rock yang ada iras-iras seperti Deep Purple di zaman The Book Of Taliesyn.

Traffic, lebih eksperimental. Sesuai dengan statu psychedelic. Dengan bunyi flute mengada-ngada semua cukup. Aku pernah jadi minat band psychedelic zaman 60an ni, habis aku download. Penyudahnya semua aku tinggalkan sebab nak melayan diorang ni, kepala kena psychedelic juga (faham-fahamlah!).

Blind Faith (cuma satu lagu je dalam CD ni), lebih akustik, rileks dan kita boleh mendengar sentuhan Eric Clapton merata-rata. Mungkin kromosom Clapton lebih kuat.

Bila masuk zaman solo, beliau lebih liberal. Sesuai dengan zaman yang dah berubah. Beliau memainkan apa saja muzik yang beliau suka. Ada classic rock, pop, new wave dan macam-macam lagi. Pening.

Versi Malaysia ini cuma satu CD sedangkan bersi antarabangsa, 4 CD. Tapi setakat nak dengar, 1 CD cukuplah. Kalau minat zaman Blind Faith, bolehlah teruskan mencari CD Blind Faith. Begitu.

——————————-
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top