Musik

Ulasan: SCORPIONS Blackout

Dalam sejarah muzik Heavy Metal/Hard Rock, gambar kulit album ini adalah yang terbaik (untuk saya). Dan isinya juga tidak mengecewakan langsung. Blackout adalah album ke-8 Scorpions, 2 album selepas masuknya Matthias Jabs menggantikan gitaris lagenda Uli Jon Roth. Di mana 2 album sebelumnya, Lovedrive dan Animal Magnetism kelihatan agak tidak konsisten walaupun hala tujunya sudah pasti, Blackout adalah sebuah album yang solid. Pilih mana saja lagu dalam album ini saya gerenti tiada yang tersalah pilih. Lagu-lagu rock kerasnya memang keras dan untuk ini kita patut berterima kasih kepada produser, Dieter Dierks yang benar-benar faham maksud kekerasan. Gitar Rudolph Schenker kedengaran begitu punchy, keras dan mantap sedangkan solo Jabs juga terletak pada tempatnya. Sukar untuk dipercayai bahawa sebelum album ini dirakam, vokalis Klaus Meine telah menempuhi pembedahan tekak kerana suara beliau dalam album ini memang habis rock kangkang dah. Akhirnya bahagian rhythm tidak akan lengkap tanpa ketepatan bass Francis Buccholz dan drummer Hermann Rarebell yang mengingatkan kita kepada gandingan AC/DC, Phil Rudd dan Cliff Williams. Jika anda mahu berjinak-jinak dengan watak Scorpions yang sebenar, saya tidak akan berikan zaman Uli Jon Roth tetapi saya akan tawarkan Blackout sebagai rujukan utama.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top