Logik tak kalau separuh daripada duit gaji kita sebenarnya digunakan dan dihabiskan utk kenderaan….isi minyak dh tentu punya,mesti kena servis kalau tak rosak,kalau rosak kena repair jugak,tiap2 tahun kena bayar insurans dan roadtax,masuk hway kena bayar tol,tayar botak kena ganti,kena buat aligment dan balancing,tiap2 bulan kena bayar hutang beli kereta,kena saman,pantang nampak eksesori mesti nk pasang dan lain2….pendek kata banyak nya duit habis ke kereta..tak pakai kereta pun tak boleh juga..sekadar renungan
Timbul rasa ingin tahu berapa sebenarnya saya bayar untuk kereta saya Nissan Grand Livina 1.6. Maka saya buat le calculation simple yang mungkin anda boleh buat kira-kira sendiri untuk kereta anda dan nisbahkan dengan gaji sebulan anda, samada melebihi separuh.

Nota:
Roadtax RM80 bahagi 12.
Insurans RM1600 bahagi 12.
Servis RM600 bahagi 3 bulan.
Hutang kereta adalah berdasarkan kepada bayar balik 5 tahun. Berdasarkan kiraan ini saya sebenarnya membayar RM2185 sebulan untuk kereta saya walaupun hutang bulanan RM1445. Dengan lain kata saya membayar ekstra 51% sebulan lebih dari hutang bulanan untuk “menjalankan” kereta saya.
Lepas tu bahagikan RM2185 itu dengan jumlah gaji anda maka dapatlah peratusannya samada 30%, 50%, 70% atau 90% (errkkk…)
—————–
Untung juga saya tidak banyak hal dengan kereta. Takde nak tukar-tukar barang atau upgrade. All standard je. Kalau tak, kena tambah lagi (buat average per month).
—————–
Itu hari kebetulan melepak dengan kawan-kawan lama. Seorang sahabat yang bekerja di sebuah pengeluar kereta mewah berkata, beliau melihat ramai juga yang membeli tapi tak berapa mampu untuk maintenance. Bila dapat bil servis mereka akan maki hamun bil tersebut. Kata beliau, untuk jenis kereta mewah tersebut hanya pada servis pertama dan kedua saja servisnya dalam lingkungan RM1K. Masuk servis ke-3, purata servis ialah RM3K.
Kata beliau, student Arab yang rilek je. Bayar cash tanpa banyak songeh.
——————
Last sekali kata-kata pujangga yang saya ingat selalu tapi sukar untuk amal kerana kalah dengan nafsu,
“Permudahkan kehidupan dunia”
Terima kaseyyyyy!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.