Musik

Ulasan: THE PILGRIMS The Wise Fisherman (1998)

THE PILGRIMS tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik underground tempatan. Sejarah mereka panjang. Jika diukur dari tarikh kelahiran 1987, sudah cecah umur 26 tahun. Kalau anak perempuan, pasti tidak, sudah dapat cucu seorang. Tetapi sebenarnya, saya sendiri tidak berapa tahu latar belakang band ini sekadar mendengar kaset pertama mereka yang popular dengan “lagu rakyat” Sua Sue Kemoning itu. Album ini pun tidak saya tahu album ke berapa. Ianya dibeli di bargain bin sekali dengan CD Projekt AK.

Harapan saya, sudah tentulah tinggi. Selepas teruja dengan Projekt AK, saya berharap agar ini juga adalah permata yang hilang. Malang, tidak seperti yang diharap. Bahkan saya terkejut. Bermula dengan lagu Dream Off, gitar bunyinya sebu dengan asal bunyinya ditiru dari bunyi gitar MASSACRE “From Beyond”. Mixnya juga teruk, tidak berkadaran dengan label, Pony Canyon, yang mana mereka berteduh.

Tapi saya bersabar dan terus memainkan hingga habis. Saya ulang lagi 2-3 kali. Kata orang, sesetengah album sukar untuk dihadam. Untuk menghadam album Dream Theater atau Savatage bagi telinga yang tidak biasa, mengambil masa yang lama juga. Malang sekali lagi, tidak berlaku untuk kali ini.

Album ini pada asasnya tidak konsisten. Pada sesetengah lagu, sesuatu idea yang ditarik secara tiba-tiba dari langit, direkod terus tanpa banyak olahan. Dengan lain perkataan, album ini seolah-olah semata memuatkan lagu filler. Produksinya juga, seperti yang dinyatakan tadi, sama taraf dengan demo dengan kesebuan menjadi elemen utama.

Saya terpinga-pinga dan mengambil keputusan untuk bertanya terus kepada gitarisnya yang secara kebetulan menjadi kawan facebook. Jawapan beliau, saya quote,

Hahaha..
Ini album (1998) sgt punah ranah.. Total experimen semua genre smpei
suara bob sumbang mambang pon aku lpskan. Mastering kt king cross
sydney. Kami berpkat menjahamkn album ni stlh kejayaan Da Capo (1996)
sgt mmbrangsangkan.. Tetiba jd roksta sbb lgu churaliya masatu. Jd kami
as a Punk Rawk cba utk x ulangi kesalahan mbikin lgu hit spt dlm album
Da Capo itu. N kami brjaya menurun kn jualan sbyk 60%. (padan muka pony
canyon) Tp kami repair blk muzik n teknikal dlm album Achtung this is
not a metal band (2000). Cba cr cd tu n bandingkn dgn hatni.. Kalo korg
suka gak album ni tu mslh korglah.. Tp xsalah kalo nk dgor kan…”

Padanlah!  




, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top