Megadeth

Ulasan: MEGADETH The World Needs A Hero

Unik album ini ialah kerana inilah satu-satunya album yang dianggotai oleh Al Pitrelli (gitar) dan Jimmy DeGrasso (drum). Kata Abang Mus dalam biografi dia, dia tak berapa minat dengan dua orang ni walaupun pikap cepat. Bagi je lagu apa, diorang pasti dapat pikap punya in the shortest time. Itu bagus. Tapi yang tak bagus mereka ni sentiasa mencari projek yang bagi duit. Itulah kehidupan sessionist. Di hati mereka tiada Megadeth. It was just another typical job.

Walaupun begitu, performance mereka berdua memang kelas. Solo-solo Pitrelli memang kelas pertama. Drum DeGrasso pun kelas pertama. Walaupun tuduhan tersebut dilempar kepada mereka tetapi dari segi output, mereka memberikan yang terbaik. Itu dibawa terus ke dalam video/album live Rude Awakening. Berapa kali bulu roma meremang apabila shot tunjuk kepada Pitrelli semasa gitar solo. Saya hampir meletak beliau satu level dengan Marty Friedman. Yang nyata, kalau tidak setanding, beliau adalah no 2 selepas Friedman.

Saya cadangkan untuk mereka yang mahu mengenali album ini supaya mendengar track Disconnect, 1000 Times Goodbye dan Dread and the Fugitive Mind dengan memberi perhatian khusus kepada gitar solo Pitrelli dan drum DeGrasso. Dan jangan lupa lagu sambungan kepada Hangar 18 bertajuk Return to Hangar yang dimainkan back-to-back dengan Hangar 18 semasa album live Rude Awakening dan That One Night: Live in Buenos Aires.

Jika anda membenci album ini, mungkin sekarang masanya untuk memberi lagi satu peluang untuk mendengarnya sekali lagi. Jika tidak pernah mendengarnya, apa lagi yang ditunggu. Tiada masalah mencari mp3nya tetapi ketahuilah, tiada mp3 yang boleh menggantikan the real thing, CD, kaset atau vinyl 😉

(Entry cut & paste tahun 2007 DI SINI)


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top