
The ABC’s of Punk #1
…………………………………………
A is for ANTI-CIMEX
…………………………………………
ANTI-CIMEX ialah sebuah band hardcore dari Sweden yang paling famous
dan paling berpengaruh. Walaupun pengaruh Discharge agak tebal dalam
band ni, stail muzik Anti-Cimex jadi batu asas dan mendefinasikan stail
Swedish D-Beat dan Scandinavian D-Beat yang masih diikuti sampai hari
ni. Anti-Cimex juga sebahagian dari gelombang D-Beat di Sweden pada awal
‘80an yang melahirkan bands macam Shitlickers, Disarm, Mob 47, Avskum,
Moderat Likvidation, Discard, Asocial, Protes Bengt dan banyak lagi.
Piring hitam “Raped Ass” ini ialah salah satu record stail D-Beat paling
awal pernah dirakam.
Tahun aktif:
1981-1986; reformed 1990-1993
Asal:
Gothenburg, Sweden
Stail muzik:
Hardcore, D-Beat, Råpunk
Influences:
Discharge, GBH, Disorder, Chaos UK, Motorhead, Black Sabbath
Original line-up:
Vocals – Nillen (?), Guitar – Jocke (15 tahun), Bass – Jonsson (18 tahun), Drums – Charlie (17 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
ANTI-CIMEX — Raped Ass 7” EP (A-Records, 1983)
Lagu paling gempak:
“War Machine”
Trivia:
Nama band ni dicuri dari nama satu syarikat penghapus makhluk perosak di Sweden.
FAHMI REZA

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.