Books

Ulasan Buku – Rentas by S A Malik

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Harini, ika nak share ulasan ringkas mengenai buku terbaharu keluaran Penerbit X iaitu Rentas. Kalau sebelum ni, Imprint Bookiut keluarkan novel yang ada spray edges. Ika tak terkejut bila tahu yang Imprint Penerbit X juga tidak lepaskan peluang untuk mempunyai buku yang ada spray edges. Selain dari cover buku yang cantik (kudos dekat illustrator) dan warna merah ang yang dari jauh pun dah boleh nampak sebab terpaling menyerlah.Yang paling menarik perhatian ialah bahagian tepi buku –ada quotes. Another level eh korang kalini Penerbit X. Lurve <3

“Tapi mereka tidak tahu yang aku telah dikurniakan sesuatu yang tinggi nilainya. 

AKU DIBERI PELUANG UNTUK MENGUBAH TAKDIR


Kalau kalian diberi peluang untuk menjadi perentas masa – kembali pada masa lampau, mengubah situasi & masa depan. Kalian akan ambil peluang tersebut atau tidak?. Mungkin ada yang akan menolak dengan alasan apa yang sudah terjadi biarlah berlalu pergi. Kalau ubah pun apa yang akan berubah? . 


Tapi tidak bagi Reyzal. Mungkin ada banyak perkara yang boleh dia ubah?. 


Semenjak dia menolak offer untuk melanjutkan pelajaran di Perancis. Hubungannya dengan kedua-dua ibu bapanya ada jurang. Ketika pandemik Covid 19 melanda. Dia kehilangan kerja tetap & lost. Dalam pencarian kerja lain. Muncul Salena yang menawarkan dia kerja. Kerja apa? Menjadi calon uji kaji eksperimen Rentas (Rewind Experiment oN Time And Space). Walaupun dia rasa tidak yakin dengan apa yang ditawarkan Salena. Mengenangkan yang dia juga dalam masa yang sama terdesak. Reyzal terima juga. Apa yang akan terjadi seterusnya?

Actually, kita tak tahu macam mana nak ulas Rentas ini sebaik-baiknya sebab risau terbagi spoiler tanpa sengaja. Tapi for sure, siapa yang minat genre time travel & sci fi. Kalian akan suka dan enjoy baca Rentas. Personally, ika suka macam mana penulis tidak tunggu terlalu lama untuk ‘start cerita’. Padahal baru mukasurat 9.Terus hook nak teruskan pembacaan. Kita rasa seronok sebab tak meleret-leret dengan benda tak penting untuk mulakan cerita. Penulisan yang santai & gaya bahasa yang mudah difahami,bersahaja.  (kalau tak faham certain terma atau perkataan, boleh google hehe). 

Selain dari tu, ika suka explanation penulis mengenai Rentas. Arahan-arahan yang diterima Reyzal tu simple. Dan Reyzal. Dia hanya perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebagai time traveller. 


Rentas ni dalam masa yang sama membawa kita ikut menjelajah sama dengan watak utama. Rasa macam nak betul-betul join Reyzal pergi Perancis. Tapi bukan untuk belajar la. Kita nak sightseeing je hshs.

Watak


One word mengenai karakter Reyzal dalam Rentas. RealistikBila baca monolog dalaman dia. Dari awal cerita kita boleh nampak yang Reyzal sama macam manusia normal yang lain. Perasaan yang dia ada tu semua valid.

Dan, masa Reyzal explain kenapa dia tolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Perancis selepas tamat SPM. Dalam 3 alasan utama kenapa dia menolak tawaran tersebut, Ika boleh terima 2 alasan sahaja. Macam eh normal la kan kenapa dia fikir semua tu — Ada perasaan takut untuk mencuba benda baru, nak berada di comfort zone, nak hidup tenang-tenang & memilih untuk proceed apa yang diri sendiri minat instead of ikut apa yang parents harapkan. Tapi, begitulah kehidupan. Apa saja keputusan yang kita ambil. Samaada itu akan membawa pada kebaikan atau sebaliknya. Keputusan hidup : Risiko. 

At the end, boleh nampak macam perubahan karakter Reyzal itu sendiri. 


Main highlight Rentas

Masa Reyzal mula nampak ‘something’ & ‘something’ tu munculkan diri dan Reyzal kena berhadapan dengan ‘something’ tersebut. Best <3 


Rekomen buat semua pembaca tidak kira usia. Kalau yang tak minat genre time travel & sci fi boleh baca ke?. Of course boleh, cumanya kena ekstra fokus & berimaginasi. Benda pun baru nak mencuba genre baru kan?.  Walaupun karakter akan banyak jump jump timeline. Rasanya tak ada masalah nak faham sebab penulis bukannya buat semua tu secara serentak. Penulis dah susun baik. 


Kita kan — rasa macam teremosi bila baca satu part dalam buku ni. Masa dekat airport. Conversation antara Reyzal dengan mak dia. Terus rasa nak menangis sebab kita rindu mak kita. Kita ni, walaupun dah tua bangka. Tetaplah nak manja-manja dengan mak ayah kita. 


Ulasan di Instagram

#PXReadsbeyondreality #readsbeyondreality 


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top