Adab

Adab buka pintu


“Ladies first”

Mungkin itulah first impression apabila kita membuka pintu untuk orang lain.

“Thanks and please get out!”

Itu pun boleh jadi juga.

Namun, di Australia, membuka pintu untuk orang lain adalah budaya mereka. Jika kita di belakang seseorang yang sedang membuka pintu, beliau akan menunggu kita sehingga lepas barulah dia melepaskan pintu tersebut. Paling kurang pun kalau si pemegang pintu tak bersedia, beliau akan memegang daun pintu hinggalah kita mengambil alih memegang daun pintu.

Budaya ini universal di sana. Tidak perlu menunggu orang itu wanita atau kanak-kanak. Responsnya tetap sama. Jika anda di hadapan, anda kena pegang daun pintu hingga selesai semua melepasinya.

Jika tidak menunggu, iaitu terus melepaskan daun pintu ketika ada orang di belakangnya, maka ia dianggap satu perlakuan yang kurang ajar dan tidak menghormati orang lain. Andai berlaku secara tidak sengaja, akan diucapkan “Sorry“.

Orang yang dipegang daun pintu tersebut untuknya patut mengucapkan “Thank you” ataupun “Thanks” ataupun “Cheers” ataupun apa-apa perkataan yang menggambarkan penghargaan. Dibalas dengan ucapan, “No worries” atau “That’s alright“. Sudah tentulah ianya diucapkan dengan senyuman.

Aku pasti amalan ini dilakukan secara umum oleh rakyat Australia. Tak kira samada dia seorang budak baik mahupun gangster Hell’s Angels.

Aku cuba bawa budaya ini ke tempat sendiri. Seorang daripadanya terpinga-pinga kerana tak faham dan seorang lagi menolak aku ke dalam, juga tidak faham. Mungkinkah aku orang yang pertama dalam sejarah hidup mereka untuk melakukan ikram sedemikian?

Kita sangka sebagai orang nusantara, kita sudah penuh (dan lemas) dengan adab baik dan budi pekerti. Namun masih ada lagi ruang untuk ditambah dengan amalan baru (dan Barat) yang baik.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top