Baru-baru ni berlaku dialog antara artis dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Perdagangan, Datuk Seri Ismail Sabri (CAPAIAN – jika capaian outdated, sila ke SINI).
Yang menarik antaranya:
Bukan sahaja dihadiri banyak artis tersohor termasuk nama hebat seperti M. Nasir, Datuk Siti Nurhaliza, Hattan, Habsah Hassan, Manan Ngah dan Dayang Nurfaizah, acara dialog yang cukup panas ini turut disinggahi pemuzik-pemuzik bukan arus perdana, termasuk artis veteran.
Aku terfikir, mungkin kategori pemuzik-pemuzik bukan arus perdana itu termasuklah pemuzik underground? Jika betul, maka mungkin aku juga termasuk dalam kategori ini?
Bagaimana pula pandangan pemuzik underground yang lain? Persoalan yang perlu ditanya sekarang ialah, adakah KAMU meletak diri kamu sebagai satu cabang dalam “industri” muzik tempatan? Ataupun KAMU tidak mahu terselit sama?
Pada pendapat aku, muzik underground ni sudah terlalu lama wujud di negara ini dan sudah tiba masanya ia mendapat pengiktirafan sepatutnya! Adakah KAMI tidak memberi apa-apa manfaat kepada “industri” muzik tempatan?
Ignorance dan tidak peduli kementerian yang sama seolah-olah menidakkan kewujudan kami. Sedangkan kami wujud dan nyata. Aktiviti muzik kami menjangkau segenap lapisan masyarakat. Anda seolah-olah menutup mata atau menyapu kami di bawah karpet!
Kementerian yang sama perlu mengambil kira pemuzik-pemuzik underground seperti kami. Kenali siapa kami. Apa muzik kami. Jika perlu ADAKAN DIALOG YANG SAMA DENGAN KAMI!

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.