Hidup di Adelaide

Adegan dan laporan BBQ Ramadan

Lama dah BBQ so semalam gua kembali sebagai pembakar BBQ legenda yang bakal melelehkan airliur sesiapa je yang terbau akan asap BBQ gua. Sori eh jiran-jiran sekalian. Hajat gua memang nak ajak lu orang tapi disebabkan gua perantau dengan bajet kecik, ditambah dengan harga daging steak yang sebulan-sekali-pun-susah-nak-beli, maka gua hanya dapat menjemput wife dan anak-anak gua je.

Agenda petang itu ialah, menset-up balik kuali BBQ pada asalnya (termasuk menenyeh kotoran dan kerak yang pra-kekal dah beberapa bulan tu – thanks my wife – muaaahhhs! – hanya di hati kerana siang dan PUASA!). Gua mulakan dengan bantuan pekik riuk anak-anak gua yang excited nak tambah kaki tangan memBBQ. Terpaksa gua tepis tangan-tangan kecil itu supaya tidak menganggu keharmonian dan balance ayng diperlukan untuk memBBQ.

(Namun mereka ada agenda yang lain – antaranya, main air tadahan hujan + mengecat dinding rumah dengan air tadahan hujan itu + cuba mencampakkan bunga dendalion ke dalam kuali BBQ – semua itu ku atasi dengan pandangan tajam, seringai, mata terbeliak dan akhir sekali jeritan ala Mustaine + FTG).

Akhirnya, setelah penat berdiri (jawatankuasa tidak menyediakan kerusi untuk duduk), BBQ itu pun tersedia. Aku mengeluh kelegaan sambil satu persatu anak-anakku yang antaranya sudah basah lenjun main air tadahan hujan ku arahkan masuk ke dalam.

Wife gua pun ada buat laporan gak kat SINI.

Apa? Anda sudah terliur?

Skil menjaga api pada tahap optimum merupakan salah satu faktor penting dalam penyediaan BBQ yang mengkecurkan air liur. Gua serius ni!

Everything is OK! (Anak-anak gua tengah tunggu gua hilang tumpuan untuk menjalankan konspirasi mereka) – juga perhatikan baju IRON MAIDEN yang gua menang kat eBay last time, Virtual XI Tour.

Almost done… gua tak berapa suka rare. Tapi CD Megadeth, Iron Maiden dan Dream Theater yang rare, gua suka.

Sudah sedia untuk dibaham. Gua tau, gua pemBBQ tersohor…

Beberapa menit sebelum azan berkumandang… yum yum…

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top