Artikel

Aku Mat Thrash : Ipoh Metal Militant Part 2

PART I

oleh: Rafi Promaster

Aku tak tau samada cinta atau pompuan atau nafsu yang membuat aku kalah. Aku terpaksa calo dari Ipoh dan meninggalkan scene ipoh atas sebab putus cinta. Memang awek tu cun. Masa tu aku ngajor kat sekolah St Michael Ipoh. Edleen Natasya..nama pun dah kira sedap. Tengok orangnya memang tak padan dengan aku yang tak hensem dan tak berduit time tu. Tapi walaumacamana pun Athotorgh tetap nombor satu semasa aku dating dengan dia. Pentagram tetap ada di pergelangan tangan. Begitu juga boot askar yang kawan aku bagi suruh aku pakai sebab tak mampu beli Docmat. Cuma bila aku break aje, dunia aku jadi macam gampang. Semua kucar kacir. Jadi aku terpaksa la calo membawa diri. Selepas tu Athotorgh terpaksa berkubur sekejap. Dari Tioman aku dibawa ke Langkawi dan seterusnya kembali ke Tioman dan lepas tu balik semula ke Ipoh. Masuk Athotorgh 2nd phase. Kali ini aku main bass dan G dah terrer sikit goreng, dia jadi guitarist( dalam Athotorgh lama- dia main bass). Dan dengan adanya OldT sebagai pemain dram, ia melengkapkan impian aku nak jadi 3 piece band macam abang angkat aku Tom Angelripper (memang aku pernah hantar surat mintak Tom jadi abang angkat..tapi dia tak balas pun). And..this is the height in Athotorgh history. Entah macamana kami (bandmate) boleh ngam..ibarat p****t dengan batang. Mungkin sebab G adik aku dan Wira OldT boss aku dan G. Buat pengetahuan semua OldT mempunyai syarikat menservis typewriter untuk hampir 80% institusi kerajaan di Perak dan OldT adalah boss yang pernah menjadi employer untuk hampir 70% Metal Militants di Ipoh ini. Ofis OldT juga menjadi port kami. Disitulah segalanya berlaku ie: tengok cita abang ron jeremy, wanggey bulan puasa, main pingpong atas meja ofis, bawak awek untuk sembang-sembang, port untuk budak demisor dan geng singapore, port mat salih yang kenal kami, tempat cari pekerja oleh azlan wan chik yang menguruskan ladang kelapa sawit di Ulu Bernam(metal militant pernah berada di sana), studio jamming gitar kapok dan juga tempat lepak aku masa aku kena halau dari rumah. Segala-galanya berlaku di Ofis OldT.

Dengan bantuan ajak krenmaut kami berjaya menghasilkan EP. Aku tak tahu berapa banyak yang terjual, tapi Athotorgh semakin mengganas. Banyak gig yang kami main terutama selepas EP keluar. Gig kat Ipoh usah cakap la..memang selalu. Tapi kali ini ada peningkatan taraf. Kami tidak lagi bermain di funfair yang hanya menjadi tontonan oleh geng Ipoh yang masuk buta dan juga cina opertor funfair tu. Gig-gig metal mula di jayakan oleh promoter-promoter yang mula berani menceburi bidang baru ni seperti aki dari penang, ahkeong dari penang yang lepak kat kl, offcourse ajak yang memang pioneer dalam bidang ini, satu lagi budak cina tu(tolong edit..dia kira ikut mat punk), fadil di Johor dan bermacam-macam lagi nama yang menjadi promoter gig. Pada aku ketika itu adalh tahap tertinggi Athotorgh, bukan kerana aku buat EP atau mula menjadi sebutan, tapi kerana impian aku untuk menjadi seperti abang aku Tom sudah tercapai dan juga segala prinsip thrash yang aku pegang selama ini membawa aku ke tahap itu.

Necrotic Chaos.
Sesungguhnya band ini patut digeruni. Dari segi lagu dan juga penampilan, NC memang antara band yang terbaik. Anggotanya adalah Adik, Daei, Jadam dan beberapa orang session dan member yang bertukar-tukar. Tapi terasnya adalah Adik. Cara penyampaiannya adalah Adik dan perjuangannya adalah dari Adik. Band ini adalah satu perjuangan tanpa henti dari otai yang memang fanatik metal ini. Adik merupakan seorang yang bersungguh untuk memajukan dunia metal tanahair, jadi dengan itu, tak macam aku ni yang selamba, dia lebih komited. Sebagai contoh, baju dia semua imported, dia ada gitar, rambut ala Mii Petroza tak macam aku yang baju buat sendiri yang kadang-kadang marker pen aku terlari sikit keluar, gitar..semedangnya pinjam..mana ada ragok(duit) time tu, rambut pendek sebab rambut aku wurkak(kerinting)..bila aku straightkan rambut, member aku kutuk aku macam Slam pulak. Dan jika negara kita advance sikit, mungkin NC masih berada dan akan terus memperjuangkan metal yang tidak popular dan glamer itu. Bagi aku…bagi aku NC ni kira death metal. Sejak Bondek (adik) balik dari singapore sambil menjulang LP Morbid Angel Altar of Madness, dari senyumnya saja aku dah boleh tahu yang death metal adalah aliran dia. Kalau lu orang dengor lagu NC, ada sedikit sebanyak influence David Vincent kat dalam itu. Aku ingat lagi pada suatu ketika, kakak oldT nak pergi bercuti…
“Pergi mana kak Ina?” Tanya Adik sambil mengusap perutnya.
“Pulau Redang.” jawab Kak Ina ringkas sambil tersenyum.
“Kirim salam kat David Vincent ya..” Kata Adik tersengih. Dia menoleh ke arah kami yang melopong tidak faham apa yang cuba dikatakan. Aku tanya adik, apa kena mengena dengan David Vincent.
“Kak Ina kata nak ke Florida..kan dia duduk sana..”. Kata Adik sambil menghembus asap rokoknya. Mukanya langsung tak menunjukkan serba salah.
Itulah tahap fanatiknya adik ini, hidup mati Morbid Angel.
Daei juga merupakan ahli NC yang lama. Begitu juga Jadam. Mereka berdua merupakan tunggak kekuatan NC selari dengan lagu yang dimainkan atau yang digariskan oleh protokol perjuangan NC. Daei memasukkan influencenya yang lebih melodic manakala Jadam pula dengan skill teknikalnya yang membuatkan NC antara yang terbaik dan genuine di persada seni metal tanahair.

Riusgnal.
Mula-mula masa aku tengok poster satu gig tu, aku tak tahu..ada jugak nama band metal macam ni. Apa kah maknanya. Rupanya barulah aku tahu ia adalah Langsuir. Band adik beradik dari Menglembu. Langsuir bagi aku lebih eastern berbanding band-band yang lain dari ipoh. Kalau nak suruh aku kategorikan, dari sudut thrash aku..mereka ni macam Norwegian dan scandinavian punya aliran, cuma mereka lebih eastern. Black Death..itu pandangan aku. Cuba kita tengok dari segi lagu. Riffingnya lebih melodik dengan arrangement bridge dan sinambungan lagunya yang teratur. Drumnya juga tersusun dengan kemas mengikuti setiap pertukaran bahagian-bahagian di dalam sesebuah lagu. dari segi penampilannya juga mereka lebih agresif dari NC dan juga band aku. Cincin tengkorak dan pentagram dan juga aksesori yang lain menghiasi tubuh mereka. Orang kuat band ini adalah Sam Batara, Azlantor dan Azmaniac selain dari drummernya yang lebih kepada Primus. Bagi aku band ini juga geniune dan telah membuka lebaran baru di dalam industri metal underground tanah air. semakin banyak band yang tumbuh yang meletakkan Langsuir sebagai ikon dan influence mereka. Dan perjuangan langsuir adalah yang terconsistent di dalam sejarah Ipoh Metal Militant.

Profane Creation.
Masalah utama PC ianya adalah sebuah band projek. Ahli-ahlinya hanya jamming ketika dekat dengan gig ataupun sebab lama tak jamming. Tunggak utama band ini adalah Jadam. Sebab itu kalau dilihat di dalam lagu mereka, teknik-teknik yang digunakan boleh menyebabkan jari kawan aku Anip melekat di antara tali gitar. Arrangementnya memang susah. Sebab itulah kehebatan Jadam. Kadang-kadang aku tengok diaorang jam, sampai satu jam diaorang practise satu lagu. memang haram jadah punya susah. Tapi seperti yang aku selalu katakan, kehidupan di Malaysia menyukarkan kita untuk menjadi ahli muzik sepenuh masa. Jadi kebanyakan kita termasuk di dalam band ini terpaksa mencari rezki dengan bekerja dan tak boleh menumpukan 100% komitmen di dalam bidang ini. Tak macam band Indi sekarang, buat lagu cincai-cincai ataupun pakai talipinggang Dam hitam putih dengan seluar ketat MODS (gengs lambretta kat UK) dah dapat jadi Xpax punya anak angkat.

Hayagriva.
Kedatangan atau kemunculan Hayagriva adalah tepat pada masanya. Dunia dilanda dengan demam black metal Scandinavian. dan Malaysia tidak terlepas dari demam baru itu. Hayagiva memang satanic. aku rasa kalau takda undang-undang, pergi sekolah pun diaorang sanggup pakai corpse paint kat muka. Tapi cerita tentang corpsepaint ni..kalu nak ikutkan budak seberang perai lagi terrer. Aku ingat lagi masa gig kat penang, satu feri penuh dengan budak-bdak yang menconteng dimuka mereka. Nasib baik time tu takda harian metro kalau tidak entah apalah tajuk berita keesokan harinya. Dari sudut lagu Hayagriva, diaorang memang pure black metal. Siap dengan keyboard. Bagi aku hayagriva juga berani dalam membawa fahaman black di arena underground Malaysia yang skeptikal dengan black metal. Anyway it just a fucking music.

Tak da Band.
Ipoh Metal Militant mempunyai kekuatan fan yang kuat dan teramai. Mereka ni kalu ikutkan bukanlah fan, tetapi member lepak ataupun member sekolah. Tetapi tanpa mereka ini, There is no IMM’s. Mereka ni juga adalah penggerak dan penghidup scene ipoh ini. Walaupun diantara mereka cuma hanya dengar metallica dan heloween, namun support yang diberikan kepada band dari ipoh ni mengalahkan support ahli Umno kepada pucuk pimpinan mereka. Walaupun tidak lepak bersama, namun setiap gig mereka berada di hadapan dan mencetuskan scenario kegigikan yang sepatutnya. Stagedive, pogo dan macam-macam lagi gejala sosial yang tak dapat diterima di gig band Hujan.
Sebagai contoh Encik Anip Dolah. Walaupun hanya minat metal sikit-sikit, tapi dia sanggup melukis baju Sodomnya sendiri dengan tajuk Iron Fish dan Man anak datuk bandar yang dihalau keluar dari masjid negeri sebelum solat jumaat kerana pakai baju slayer kerana nak tunjukkan kat otai yang dia pun thrash jugak. Atau Apak yang selalu menjadi tukang bawak gitar(dia tak pernah bayar masuk gig walaupun gig yang besar). Atau Pegang, Joe Skate dan skaters yang lain. Ataupun geng rap yang mula kami anti tapi lepas tu kami ngam pun support IMM punya band.

Bagi aku, Ipoh Metal Militant adalah satu kuasa yang terkuat di dalam arena underground tanahair. Ini kerana kami berpegang kepada prinsip yang telah membawa kami dan membersihkan hati kami dari elemen yang boleh membunuh semangat metal negara. Metal adalah satu cara hidup dan Ipoh Metal Militant adalah penjaga prinsip itu.

Thanks for support….


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top