Malaysiana

Ala la la la ALONG!

Klik untuk gambar lebih jelas

Mata sungguh sakit.

Ini adalah pemandangan di sekitar Taman Universiti, Skudai, Johor. Kebetulan aku ke sana untuk melawat pelajar praktikal.

Sememangnya pembangunan sangat pesat di kawasan Taman Universiti berbanding zaman aku dulu (1993-1998). Taman-taman perumahan dan hypermarket.

Tapi pemandangan pelekat iklan ALONG yang ditampal tak kira tempat sangatlah menyakitkan hati. Tengok je pada contoh gambar di atas tu. Sampaikan papan tanda jalan pun jadi mangsa!

Sangat tidak bertamadun! Macam takde otak.

Iklan tampal along seperti ini sangat merata. Kalau dienglishkan, perkataan yang terbaik ialah RAMPANT atau EPIDEMIC! At least di Taman Universiti.

Memalukan kerana ia berlaku di Taman Universiti yang turun naiknya disebabkan oleh pemangkin utama Universiti Teknologi Malaysia. Aku yang alumni pun jadi malu.

Autoriti pun macam tak kisah.

Mungkin itulah suasana negara yang nak maju tetapi rakyatnya kronik 3rd world mentality.


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top