Dulu aku ada topi yang mana depannya aku kelepet ke atas. Di bawahnya ditulis MOSH. Itulah influence dari band Thrash tersohor, ANTHRAX!Malangnya scene Thrash Metal di Ipoh ketika itu (late 80s – early 90s) kurang bagi perhatian kepada band Thrash Metal US. Yang ada cuma Metallica, other than that, nothing else. Mungkin masa tu, German Thrash Metal lebih popular i.e. Kreator, Destruction dan Sodom.
Tapi aku peminat ANTHRAX sungguh ketika itu. Dengan topi, even pakai seluar beach takat lutut tu. Seorang senior tolak printed shirt ANTHRAX gambar kartun bandboys masa tu, aku pakai dengan bangganya masa daftar kat MRSM Muar nak masuk Form 4 (1991). Mungkin for that reason, aku dapat nickname “Thrash”.
Anyway, Among The Living adalah album tersohor ANTHRAX. Dalam poll METAL HAMMER’s Thrash special issue, album ni dapat nombor 9 dalam senarai 50 album terbaik. Aku harap dapat tinggi sikit tapi saingan tinggi; SLAYER Reign In Blood (no 1), MEGADETH Rust In Peace etc… OK la tu no 9.
Jangan tanya kenapa aku ada dua CD yang sama tapi tak serupa…Yang menarik tentang album ni ialah kesemua lagunya catchy. Riffs gitar memang thrash kental. Dan kesemua lagunya memang ditulis untuk stage show, fist flying, headbanging and mosh breaking anthems. Dengan erti kata lain, Thrash Metal in its perfect form. Cuma satu komplen, panjang sangat (lebih 5 minit) dan aku terpikir-pikir, jenuh juga dalam show ketika tu mamat yang pergi gig nak banging.
Bila selak di wikipedia baru perasan yang album ini didedikasikan kepada mendiang Cliff Burton (METALLICA). Memang ramai orang sayang mendiang ni. Selain ANTHRAX, Dave Mustaine (MEGADETH) juga mendedikasikan lagu In My Darkest Hour (So Far, So Good… So What!) kepada mendiang.
Show dalam tour album ni pun gila best. Aku pernah memiliki videotape (Speedy Video), tour ANTHRAX ketika album ni. Of course, sekarang dah hilang ke mana. Kalau tak hilang pun, sure berkulat (maklumlah, videotape). Antara lagu yang aku ulang-ulang tengok dalam video tu, Caught In A Mosh.
Highlight show tu sudah pastinya Scott Ian (gitaris). Masa tu aku rasa dialah paling menggila atas pentas. Tak pasti sekarang usia dah lanjut masih agresif ke tak macam dulu.
1. “Among the Living” (Anthrax) – 5:16
2. “Caught in a Mosh” (Anthrax) – 4:59
3. “I Am the Law” (Anthrax, Danny Lilker) – 5:57 <– lagu sempena watak komik Judge Dredd 4. “Efilnikufesin (N.F.L.)” (Anthrax) – 4:54 5. “A Skeleton in the Closet” (Anthrax) – 5:32 6. “Indians” (Anthrax) – 5:40 7. “One World” (Anthrax) – 5:56 8. “A.D.I./Horror of It All” (Anthrax) – 7:49 9. “Imitation of Life” (Anthrax, Lilker) – 4:22 Oh nak tau kenapa Dan Spitz (gitaris) quit main dengan ANTHRAX? Beliau mahu meneruskan minat kembar beliau, iaitu pembikin jam KAT SINI.

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






