Membebel

Bahana rokok

Suatu
hari isteri bercerita tentang calon suami kepada adik perempuan beliau.
Beliau pun bercerita tentang calon A; kerja sekian sekian, perangai
sekian sekian, warna kulit sekian sekian, agamanya sekian sekian.

Selesai bercerita tentang calon A, beliau bercerita pasal calon B pula;
kerja sekian sekian, perangai sekian sekian, warna kulit sekian
sekian, agamanya sekian sekian.

Beliau bertanya kepada saya, agak mana paling sesuai.

“Alhamdulillah kedua-duanya nampak baik dan bagus… tetapi…”

Saya memandang jauh. Nampak keikhlasan di muka. Dahi dikerutkan
sedikit. Sambil menghela nafas, kata-kata wisdom ini pun terbit dari
mulut saya,

“Pilihlah di antara mereka, yang tidak merokok kerana merokok itu tabiat buruk dan dibenci generasi akan datang.”

Alhamdulillah, mereka telah pun selamat menikah 6 bulan lepas, si dia yang tidak merokok bersama adik perempuan isteri saya.

Mereka yang merokok tetapi rasa macam lambat je jumpa calon, mungkin ada kena mengena dengan kisah benar ini :l


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top