Malaysiana

Bank Islam Internet Banking TIDAK SELAMAT?

Dikutip dari forum al-fikrah.net. Ada sesiapa dari BANK ISLAM yang boleh komen?




———–

Terasa sedih bila melihatkan kualiti Bank Islam yang seolah-olah tidak mahu berubah. Tahap keselamatan Internet Bankingnya amat teruk sama sekali.

Bukti paling mudah:
1. Password policy – amat teruk sama sekali (max 6 char only (alpha numeric only). Saya sangkakan ianya sudah berubah, tapi nampaknya langsung tiada perubahan.

Jom kita cek dia punya polisi.

Quote::
The Bank cannot be held responsible for any breach of security in relation to password sharing. In order to help you to ensure integrity of your passwords, the Bank would advise the following:

* For bankislam.biz User- id and Password, you have to select your own preferred user- id and 6 alphanumeric password.

Rujukan:
www.bankislam.biz/EPOn…ivacy.html

Perenggan pertama kata Bank tak bertanggungjawab kalau apa-apa berlaku.

Perenggan kedua boleh pakai cuma “6 alphanumeric password” je? Saya dah cuba tukar kepada password yang lebih panjang tetapi gagal.

Sekiranya ada staf Bank Islam terutamanya bahagian IT (khususnya bahagian keselamatan komputer ataupun web) harap-harap dapatlah melaksanakan password policy yang lebih baik. Kami tahu anda lebih baik daripada itu.

Kepada staf Bank Islam, diharapkan dapat lebih mementingkan keselamatan para pelanggan. Artikel di bawah ini adalah satu permulaan bagaimana untuk memilih kata laluan yang lebih baik.
en.wikipedia.org/wiki/…d_strength

2. Nampaknya tiada seorang pun staf Bank Islam yang meneliti polisi mereka.

Quote::
Browser’s update

* Always update your browser when new versions are released, as it is may include new security.
* Check your browser for built in safety features that you may or may not use.
* Recommended using Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator or Netscape Communicator
* bankislam.biz can be viewed via:
– Internet Explorer for Window 95/98/2000/NT
Internet Explorer 5.0 or higher is recommended for best viewed
– Netscape for Window 95/98/2000/NT
Netscape 4.76 or higher

Saya tertanya-tanya tahun berpakah ini? Bank Islam masih lagi mencadangkan supaya IE 5.0 digunakan? Tahukah anda berapa banyak bug dalam IE 5.0 yang boleh mengakibatkan pengguna IE 5.0 di serang?

3. Interfacenya amat mengelirukan dan menyusahkan. Cubalah bandingkan dengan bank-bank yang lain. Sangat jauh ke belakang.

Quote::
Customers Queries, Concerns & Complaints
Customer may address any queries, concerns or complaints relating to the Bank handling of your data and information via e-mail at ibcustomercare @ bankislam.com.my or writing to us:

Bank Islam Malaysia Berhad
Electronic Banking Department
5th Floor, Wisma Bank Islam
Jalan Dungun, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur

Agak-agaknya kalau buat aduan dekat Bank Islam pasal ni jalan ke? Rasa-rasanya kurang berkesan kerana aduan telah dibuat, tapi tahap perkhidmatan masih lagi di takuk lama. Memalukan!

Saya cuba mengutamakan Bank Islam dari segala segi, cuba untuk menyokong perbankan Islam tapi nampaknya berdasarkan perkhidmatan yang amat teruk, saya terpaksa berubah ke Bank lain.

Apa pendapat anda?


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top