Event BBQ bukan macam kenduri. Kalau kenduri, lepas makan terus balik. BBQ memerlukan makanan ditunggu masak dulu. Ambil sikit, sembang kemudian ambil sikit lagi sampai kenyang dan habis modal untuk bersembang. Itu pun kira tak cukup lagi. Apabila mata dah ngantuk dan tak larat nak sembang/makan, barulah balik – itulah dikatakan BBQ event.
Yang bawa family, jika tinggal berdekatan, kena hantar anak bini balik dulu (jika mereka dah penat) dan beliau sendiri kena kembali untuk menyelesaikan sesi BBQ tersebut. Selalunya, selepas puas makan, rilek lepas BBQ adalah event paling menyeronokkan. Hanging around sambil sembang-sembang.
Apatah lagi jika di stereo kedengaran lagu-lagu rock klasik. Memang layan!
Itulah sesi BBQ yang berlaku pada malam tersebut di rumah saya.
Terima kasih kepada jiran-jiran yang hadir juga kawan-kawan rock/metal yang datang dari jauh. Penat pre dan post event tak terasa di atas kehadiran anda. InsyaAllah, dari masa ke semasa sesi BBQ ini akan diteruskan.
![]() |
| Saat-saat akhir sekitar 1230am. Nampak tak bendera jalur gemilang dikibar? |
![]() |
| Sembang Thrash. |
![]() |
| Antara adab BBQ ialah menolong tuan rumah untuk membakar. |
![]() |
| Nampak amatur 😉 |
![]() |
| Posing whores |
![]() |
| Tuan rumah dan tetamu |
![]() |
| Jumlah terkorban: Ayam 5 ekor. Kambing 3kg. Daging kerbau 3kg. Sosej pendek 1.6kg. Sayur-sayuran grill. Kerang 2kg. Nasi goreng dan spaghetti goreng. Makanan ringan. Minuman soda dan kordial. Cukup untuk kehadiran dalam 50 orang (dewasa dan anak-anak). |
![]() |
| Dah masak ke ni? |
![]() |
| Tetamu yang datang selepas 12am 😉 |
![]() |
| Support our military force! |
![]() |
| My 2nd. The one who asked the most questions on god, science, astronomy and dinosaurs. He wants to be an engineer/scientist but with his laziness, I can only pray. Whatever it is, I love you son. Seing you grow is just a miracle. Can you be normal for a while like any other kids when your picture is being taken? |

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

















