Musik

Berpuasa di Adelaide kali ke-4

Dah 4 tahun puasa kat sini (merangkap Raya).

Start posa hari Sabtu. Alhamdulillah bab mula puasa takde masalah boleh kata semua seia sekata. Tunggu Raya nanti tengok sapa raya hari ni sapa raya esok. Cerita lepas boleh baca KAT SINI.

Hari pertama aku solat tarawih kat Uni. Kawan ajak sebab sebelum tu ada program Kembara Ilmu for student undergrads (Melayu dan berbahasa Melayu sahaja). Saja nak ambil tahu. Panjang bebenor presentation (sebab start lambat kot) menyebabkan solat tarawih sempat 6 rakaat je sebab dewan habis masa sewa (sampai 9pm). Terpaksa la sambung belen kat rumah.

Malam kedua, ada jemputan berbuka sekali dengan akikah anak kawan, 2 ekor kambing. Tarawih kat situ juga. Malang juga, ada somebody nak buat majlis tahlil. Pada pendapat aku, better buat 20 tarawih tu dari buat 8 + tahlil. Apa nak buat, pandangan majoriti wins.

Malam semalam, kembali ke masjid kariah aku di Wandana. Imam al-hafiz, 1 juzuk 1 malam dalam 8 rakaat. First time, nak tercabut lutut hahaha… alhamdulillah selesai juga. Habis 8 ada beberapa sahabat pergi rumah depan masjid untuk tambah lagi 12 (nak cukupkan 20 sebab kat masjid buat 8 je). Aku konon nak sambung kat rumah lepas rilek-rilek. Penyudahnya tak buat. Isk isk… Witir pun sempat sebelum sahur je.

Malam ni Wandana lagi insyaAllah. Azam 20 rakaat malam ni. Amin!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top