Hidup di Adelaide

Bila lu nak abis study bro?

Soalan yang selalu aku terima. Ketahuilah, soalan cenggini memberi tekanan kepada aku. Tu pasal aku tak cerita aku punya study kat dalam blog. Sebab study ni banyak masalah. Especially dalam level yang aku tengah buat. Andaikata Allah s.w.t. murahkan rezeki aku, dan bagi ijazah ni pada aku, ini adalah ijazah paling tinggi dan paling last sekali dalam dunia akademik. Oleh kerana ianya the end of the line, maka ianya paling susah.

Kalau senang, ramai la orang dok buat dan hilang le nilai ijazah tersebut.

Susah ke? Memang susah. Dan banyak problem.

Aku cuba ikut cara agama bila ada masalah. Iaitu minta pertolongan dari Allah s.w.t. via doa. Maka apabila ada masalah yang berkaitan dengan study, aku doa pada Allah s.w.t. Yang bagi masalah in the first place ialah Allah s.w.t. dan yang menyelesaikan juga ialah Allah s.w.t. Kerja aku, usaha dan doa je la.

Bila timbul masalah, aku bermonolog dengan diriku sendiri. Kadang-kadang doa. Kadang-kadang menangis dalam doa. Doa sampai menangis? Itu la tatacara berdoa. Tak percaya sila rujuk dengan Ustaz yang berkaliber. Tapi aku jadikan tabiat, aku menangis dalam doa bila minta ampun dari Allah s.w.t., kuatkan iman etc dulu (bab masuk kubur dan akhirat). Dah last, baru la aku mintak bab dunia ni. Apapun doa aku yang sungguh-sungguh; minta akhirat dulu then end dengan dunia.

Tapi hari ni aku nak bagi berita gembira insyaAllah. Masalah besar aku dengan research yang aku buat ni alhamdulillah, Allah s.w.t. telah buka jalan.

Dalam agama, masalah kita cerita kat Allah s.w.t. dan berita gembira kita kena bagitau semua orang (untuk declare bantuan Allah s.w.t.). Jangan jadi terbalik, masalah satu kampung kita cerita (contoh tiba-tiba hilang duit AUD$10) tapi berita gembira kita sorang-sorang je simpan (contoh tiba-tiba jadi orang kaya ke).

Aku tau ada jalan selama ni tapi ada benda yang menghalang. Bila benda yang menghalang ni aku selesaikan, maka aku boleh terus berjalan sampai akhir jalan. Secara tamsilannya (kiasannya), benda yang menghalang ni alhamdulillah Allah s.w.t. bantu aku selesaikan.

Sekarang tinggal aku nak refine dan polish jalan tu. Yea!

So untuk menjawab soalan-soalan berkait dengan “Bila lu nak abis study bro?” ni, aku jawab insyaAllah, by the starting of 2010, aku boleh diserempakkan di sekitar bandaraya Ipoh!


, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top