Books

Book Review – Amylea Puteri Magik by Jon Suraya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Selamat berpuasa semua. Semoga semuanya baik-baik saja buat kalian. Memandangkan lama menyepi dengan entry ulasan buku. Bulan puasa ni, ika akan cuba sehabis baik untuk ulas buku-buku yang ika dah habis baca. InshaAllah. Ini pertama kali ika baca siri Amylea dari Jon Suraya. Sebelum ini ika hanya tengok di website saja. Tapi ini pun, ika pinjam buku orang. Untuk siri yang lain, kena beli sendiri la. 


Adakah ini kulit buku baru? Ika sendiri tak pasti tapi kalau di Goodreads, cover lain. Tapi yang ni memang segar bugar mata sebab rasanya pemilihan warna sangat memainkan peranan penting. Kan kan.  Jom ke ulasan ringkas untuk komik Amylea Puteri Magik ini. 

Bismillah. 




– Anak-anak akan belajar untuk lebih menghargai barang milik mereka.Kerana jika tidak, anak-anak akan sewenang-wenangnya merosakkan dan membuang barang walaupun masih boleh digunakan.


– Dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah. Bukannya ada masalah terus melarikan diri. Seperti Amylea, dia sehabis baik untuk mencari jalan untuk mengetahui apa yang terjadi kepada Bobo. Kenapa selalu Bobo menangis pada waktu malam. Apa yang menganggu fikiran Bobo.


Banyak lagi pekara baik yang boleh diambil dari komik ini. Seperti yang diberitahu sebelum ini. Kita sendiri yang perlu keluarkan nilai nilai baik dalam buku tersebut. Rekomen buat adik-adik yang baru berjinak-jinak untuk membaca atau yang tengah mencari genre yang berbeza dari kebiasaan. 

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.

Most Popular

To Top