Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Ika tak dapat nak recall berapa harga buku ni tapi kalau tak silap ika la SO Publishing ada buat jualan murah haritu. Rasanya, ini dalam RM 2 atau RM 3. Dan ini merupakan buku pertama dari mereka yang ika baca. Rasa tertarik sebab buku dia colour pink yang menenangkan hati. Ah gitu. Haha.
Tapi dalam masa yang sama, buku ni mengetengahkan isu yang menarik buat pembaca. Isu yang khususnya buat para wanita & para lelaki juga. Selalu sangat kita dengar yang perempuan ni sanggup buat apa saja demi kecantikan walaupun boleh memudaratkan diri sendiri. Kan kan? Tapi tak salahkan perempuan jugak, Adakalanya, lelaki & masyarakat juga memberi pengaruh besar kenapa perempuan sanggup buat semua perkara tersebut. Kerana sifat suka compare, kritik yang keterlaluan dan sebagainya.
Tajuk buku ini sesuai la dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka ini. Merangkumi 19 cerpen dari 19 penulis dalam bahan bacaan santai yang penuh pengajaran.

Tak rugi tangan mencapai buku ini di rak. Antologi Beautifool ini bagi saya merupakan bahan bacaan yang ringkas tapi memberi satu kesan kepada pembaca. Mengisahkan tentang segelintir masyarakat kita yang berusaha untuk mencantikkan diri mereka dengan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan semata mata demi meraih pujian. Namun, jika dilihat ke akar umbi mengapa ramai org sekarang bersikap sebegitu rupa, kerana mulut masyarakat kita juga lagi-lagi di zaman sekarang.
Body & faceshaming yang keterlaluan boleh membuatkan seseorang yang lain rasa down. Gemok dikatakan macam gajah, kurus macam lidi penyapu, hitam macam punggung kuali, putih macam muka mati laki dan macam-macam lagi. Kisah di dalam Beautifool ini bukanlah propa semata-mata. Saya yakin berlaku di dunia nyata. Memang beauty is pain tapi sejauh mana kita memahami ayat itu.
Semua cerita di dalam Beautifool ini best. Very straight forward. Simple & tak complicated. Mood tak meleret lansung bila baca. Recommend for those yang sukakan cerita yang tak corner sana sini. Lurus mcm pembaris. Hehe.
Konklusi mudahnya, sayangilah diri kita. Ubah diri perlahan-lahan dan gunakan cara yang betul. Bukan secara merbahaya. Kerana ia bakal memudaratkan diri. Dan terimalah pasangan kita seadanya dia dan jangan di compare secara keterlaluan & jaga percakapan.
Dapatkan Buku Beautifool
Ika dah check dkt website SO. Masih kekal RM 3 ya buku ni dah korang boleh claim beberapa buku secara percuma. 🙂

, Terimakasih telah mengunjungi Ulasani.com, semoga bermanfaat dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Aopok.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com, pasang iklan gratis Iklans.com dan join di komunitas Topoin.com.






